11 Jan: Kisah Utara Tanah Air

Kisah Utara Tanah Air
Apa pulak yang gempor di Batu Uban, Penang pulak?
Daeng nak share kepada korunk (ala slank KL gitu), Guys yang berdekatan dan dalam Malaysia leh mai sana pada 11 Jan ini leh kita kenal-kenal jaguh muda dalam sukan pemotoran negara F3 dalam program yang dianjurkan oleh KBS.
Berbagai-bagai acara sampingan akan dijalankan. Antaranya pertandingan memanah, autoshow, pertandingan nyanyian, wall climbing, fun games, senamrobik mesra dan bersama ikon sukan Hafiz Moto GP dan Nabil F3. Ada sukan interaktif termasuk simulasi golf. Ada pulak persembahan nyanyian, paintball target dan pertunjukkan game remote control.


Acara ini adalah untuk Majlis Perasmian Bangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, yang akan dirasmikan oleh YB. Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Dato’ Ahmad Shabery CheekDisamping itu pameran agensi-agensi kerajaan dan swasta pun turut serta dan pendaftaran sukarelawan belia. Moh weh! Jangan ketinggalan. Bawak sekali mak ayah bersama-sama. lagi meriah!

Semua dijemput dan hadiah cabutan bertuah menanti korunk semua. Kalau korunk tak tau jalan dan nak keterangan lanjut, boleh hubungi kat bawah:


Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
Tel : 04 – 655 4444/ 04 – 655 1071
Faks : 04 – 657 4444




*Nak jumpa daeng leh lew datang 🙂 ehehehe bak datang!!~

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*