PRN Sarawak : Tanjong Datu Bawa Suara Orang Muda Sarawak

Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan mendapat suntikan semangat Ahli Parlimen P218 Sibuti, YB Lukanisman Awang Sauni yang membantu kempen beliau di Lundu.

Lukanisman yang juga AMT Pemuda PBB Sarawak, menyeru golongan belia DUN Tanjong Datu tidak ragu memilih wakil anak muda GPS itu menyertai kabinet DUN Sarawak.

Kata beliau, “pastikan selepas 72 jam ini calon kita ini terpilih menduduki kerusi Yang Berhormat N3 Tanjong Datu di DUN Sarawak dan seterusnya membawa suara anak muda ke Majlis Persidangan Negeri.”

Beliau turut memohon pengundi muda berdaftar di Daerah Lundu ‘tidak mengabaikan tanggungjawab turun mengundi pada 18 Disember 2021, kerana undian ini merupakan pengorbanan yang memastikan kesinambungan pembangunan untuk semua terutama golongan Belia DUN Tanjong Datu.

Kejayaan Azizul menjadi sejarah tersendiri sebagai calon GPS paling muda terpilih sebagai wakil rakyat ke DUN Sarawak.

sumber