2019 Tahun Malaysia Akan Lahirkan Lebih Ramai Penganggur?!

“Bloomberg kata pelaburan asing sebanyak US$8 bilion (RM 34 bilion) akan ditarik balik dari Malaysia apabila kita ditendang keluar dari indeks global FTSE Russell setelah bon kita diturunkan penarafan.

Campur ini dengan dana US$1.9 bilion (RM8 bilion) dari Tabung negara Norway yang mereka umum akan keluarkan dari bon Malaysia. Ini bermakna dana pelaburan asing sebanyak RM42 bilion pelaburan asing akan mengalir keluar lagi pada bulan-bulan mendatang.

Dah sepuluh tahun kedua-dua FTSE Russell dan Norway percaya dengan Malaysia. Sekarang kedua-dua mahu belah. Agak sedih dan mengejutkan.

Ini akan meningkatkan tekanan ke atas ekonomi negara dan matawang Ringgit yang telah menerima gelaran “Asia’s Worst Currency” untuk bulan ini.” – DS Najib Razak (Mantan Perdana Menteri Malaysia) – Facebook Rasmi 

Sumber : https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-04-16/malaysian-ringgit-staggers-after-blows-from-ftse-russell-norway

Dari artikel pagi tadi saya menyentuh sedikit berkenaan ‘Pelabur asing lari’ dan Malaysia akan melahirkan lebih ramai penganggur pada bulan bulan yang mendatang. Hal ini bukanlah omong kosong kerana keadaan tidak stabil ini membuatkan pelabur seperti yang dinyatakan oleh mantan Perdana Menteri adalah antara entiti yang banyak melabur didalam negara ini dan ia pelabur asing melabur didalam negara ini merangkumi pelbagai bidang. tidak mustahil ada lagi pelabur asing dalam bidang bidang yang menjadi nadi untuk perkerja dalam negara ini bakal meninggalkan negara ini dan pastinya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Menteri yang dilantik kini goyang kaki mungkin kerana tidak ada plan jangka masa pendek atau panjang bagi mengawal keadaan ini malah masih lagi bermimpi disiang hari bercerita pandainya membuat rundingan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) (dalam congak congak akan menjimatan lebih RM 21 bilion – kalau datang air banjir besar di kawasan pembinaan itu nanti siapa tahu?!) Congak dah seronok dengar sedangkan pelaburan asing bernilai RM34Bilion kini nyata bakal lebuh daripada negara ini tak ada Menteri  Pakatan Harapan yang berani nak ulas.