Monday, November 18, 2019

3 Perangai Buruk Lim Guan Eng #DAP #PakatanHarapan

Ramai orang tanya saya, Lim Guan Eng (LGE) nie camana dia bila dah jadi Menteri Kewangan.
Saya jawab – mudah saja. Kita tengok 10 tahun dia jadi Ketua Menteri Pulau Pinang ala CAT (Cocky, Arrogant & Tokong) maka Budaya yang sama dia akan bawa bila jadi Menteri Kewangan.
Yang pasti, macam kita dok nampak, dia yang juga SUA Developers Action Party ini akan :-

1. JUAL ASET
Masa dia jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, dia juga pegang Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah. Dengan jawatan itu, senang la bila dia nak jual mana-mana tanah kepada Pemaju sampai jadi Banjir besar. Lepas itu dia kata dia pandai cari duit untuk rakyat P Pinang.
Sebab itu, sekarang nie kita nampak dia akan jual banyak aset negara sebab itu sahaja ‘kepakaran’ yang dia ada untuk cari duit. Apa yang malang untuk bangsa kita ialah mangsa pertama adalah aset-aset Tabung Haji.

2. Peruntukan KHAS KEWANGAN.
Masa dia jadi Ketua Menteri, dia banyak bagi kat Bangsa DAP. Nak cover line, dia umum naikkan Elaun Imam, Tok Bilal & Tok Siak tapi tak pernah umumkan berapa Tok Sami, Persatuan Penganut Dewa itu & ini dapat.. Takkan nilai Sami lebih Rendah dari Imam di mata LGE.

Sekarang dah jadi Menteri Kewangan, dia akan bagi Lebih Banyak kepada Bangsa DAP. Dari Sekolah Bangsa DAP sampai Persatuan Penganut Dewa-Dewi, LGE akan tabur duit gila-gila.. sebab nak Menang PRU15 pakai Duit Peruntukan KHAS Menteri.

3. ANJUR FUND RAISING DINNER.
Saya pernah jadi MC satu FRD atau Fund Raising Dinner anjuran DAP. Penuh satu Dewan Beribu Orang datang siap ada Makan Minum sambil dengar Ceramah.
Yang ramai tak tahu, kebanyakan meja-meja itu dibeli oleh Syarikat & bukan orang kebanyakan.

Memang jelas FRD adalah satu cara Cuci Duit oleh Bangsa DAP.
Bila dia jadi Menteri Paling Berkuasa, mesti ada Syarikat yang nak Bodek LGE. Jadi, dia akan buat banyak FRD untuk ‘PAU’ Syarikat-Syarikat ini.

Maklumlah, dia kan nak Selamatkan RAKYAT Malaysia dan bukan nak kayakan diri sendiri dan bangsa DAP. Buatlah selagi berkuasa tapi jangan buat FRD dalam terowong sudahlah.

Jadi, untuk SELAMATKAN Bangsa Kita, Agama Kita dan juga Negara Kita – satu sahaja formula yang cukup simple – BERSATULAH MELAYU, ISLAM demi tumbangkan Kerajaan Pakatan DAP ini.

Amran Ahmad Nor
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3)
Bekas pegawai khas Lim Guan Eng