4 Individu Berkempentingan Dari Luar Oleh Anwara

kisah ini bermula pada Tahun 2008,Anwar Ibrahim cuba menyerang sistem pertahanan dan ketenteraan negara selain beberapa instrumen penting negara yang lain.Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara moden, pihak pembangkang akan menyerang dan berusaha mendedahkan apa-apa sahaja tentang sistem pertahanan dan ketenteraan negara. Anwar memang berbeza sama sekali.


Dia tidak peduli dan dia cuba mengaitkan semuanya dengan jawatan Perdana Menteri yang sangat diidam-idamkannya.Anwar Ibrahim melihat isu kapal selam Scorpene sebagai isu utama untuk melakukan serangan. Isu kapal selam tersebut kemudiannya dikaitkan dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shiiribu dan Anwar Ibrahim secara terbuka menuduh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Semuanya digarap sebaik-baik mungkin untuk dipersembahkan kepada masyarakat dan tidak lama kemudian, beberapa orang bekas pegawai tinggi tentera mulai seperti anjing sawan yang kelihatan takut-takut di hadapan Anwar Ibrahim.
Antara mereka adalah Abdul Hadi Al-Khattab yang sebelum ini turut dikaitkan dengan skandal penjualan enjit jet tempur F-5E, Imran Abdul Hamid yang sebelum ini dikaitkan dengan pembinaan friged di Lumut dan Abdul Ghafir Abdul Hamid yang dikaitkan dengan beberapa kontrak dan tender pembekalan untuk Tentera Darat. Walaupun sebelum ini terdapat khabar-khabar angin mengatakan ketika berkuasa dan masih dalam jawatan, pegawai-pegawai tinggi tentera tersebut terlibat dalam penjualan maklumat keselamatan negara selain bekerjasama dengan pihak asing,bukti-bukti tidak dapat diadakan dan khabar-khabar angin tersebut kekal menjadi khabar-khabar angin semata-mata.
Namun melihat kepada kehadiran pengawal-pengawal peribadi upahan Anwar Ibrahim yang didatangkan khas dari Filipina serta mempunyai pelbagai kemahiran tinggi terutama dalam bidang perisikan, ketenteraan dan persenjataan, wujud semula tanda tanya apa kaitan antara pegawai-pegawai tinggi ATM itu dengan pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim ??? Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti.

1. Daniel Cruz 
Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. Dia merupakan warganegara Filipina pertama yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’,sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia.Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992.
Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004. Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008. 
Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling : The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association. Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI)
2. Noel Del Rosario Noel 
telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT).Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia,terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme.Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA).
MANA LAGI 2 ??? KLIK DI SINI

NAK TAHU SIAPA MEREKA SEBENARNYA ???
APA KAITAN MEREKA DENGAN ANWAR IBRAHIM ???

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*