50 Peratus Biasiswa JPA Milik Cina?

Pengagihan biasiswa JPA  bagi kaum minoriti lebih daripada majoriti?!

JIKA BENAR Pengagihan ini, Ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kerana ia telah menafikan hak hak keistimewaan orang orang Melayu. Kali ini Ibrahim Ali bersuara meminta Raja raja Melayu agar turut campur tangan didalam masalah ini.

Kerajaan Pakatan Harapan perlu merujuk kembali Perlembagaan negara akan apa jua keputusan yang bakal diambil.

Biasasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikhabarkan kini dimiliki 50 Peratus bagi kaum Cina, 18 India dan Melayu hanya tinggal 12 peratus.

Hal ini dibangkitkan oleh Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali bercakap pada sidang media khas di Rumah Bakti Dato Harun.

Sehingga hari ini tiada penafian dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaman sesawang rasminya .

Video credit : Malaysia Gazette