680 Ahli PAS Sertai Barisan Nasional?!

Menjelang PRU13 yang bakal berlansung pada 5 Mei ini Seramai 650 Ahli Larut bertindak menyertai perjuangan Barisan Nasional melalui parti UMNO!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menerima 680 borang menyertai UMNO daripada bekas ahli PAS dari Parlimen Larut sempena program Kenduri Rakyat di padang SK Sungai Bayor, dekat Selama.
Keputusan meninggalkan PAS dibuat selepas mereka menyedari perjuangan parti itu semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.
Bekas Ketua PAS cawangan Sungai Bayor, Zanian Md Shuhor, berkata beliau secara rela hati meninggalkan PAS kerana parti itu semakin menyimpang daripada perjuangan Islam yang sebenar.
“Saya bersama kira-kira 130 bekas ahli PAS cawangan Sungai Bayor mengambil keputusan keluar parti dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu.
“PAS tidak lagi relevan dengan perjuangan Islam kerana sanggup bersekongkol dengan DAP demi kuasa dalam politik.
“Selain itu, isu kalimah Allah dipermain-mainkan oleh pemimpin PAS kerana tiada kata sepakat dicapai hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam itu sendiri,” katanya lagi.
Beliau berkata, peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin cerah apabila semakin ramai ahli PAS di kawasan itu mengisytiharkan keluar parti.
“Gelombang Biru semakin dirasai di Parlimen Larut dan sokongan anak muda kepada BN turut meningkat hasil pelbagai transformasi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri.
“Dakwaan anak muda menyokong pembangkang tidak benar sama sekali kerana lebih 3,000 anak muda berkonvoi mengiringi ketibaan PM ke Parlimen Larut,” katanya lagi.
Zanian yakin calon BN di Parlimen Larut akan dapat mempertahankan kemenangan pada pilihan raya 2008 serta meraih undi majoriti yang lebih tinggi. – Perak Today
Gambar Hiasan!
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*