9 Perkara Memperkasakan Belia Malaysia


i. Menyediakan latihan kepimpinan yang bersifat dinamik dan terkini kepada semua generasi belia;


ii. Membangunkan instrumen bagi mengenal pasti personaliti belia yang memenuhi kelayakan minimun untuk dilatih sebagai pemimpin belia;
iii. Mewujudkan mekanisme khusus untuk membangunkan semangat kesukarelaan di kalangan belia;
iv. Merangka strategi dan program khas pembangunan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan belia;
v. Merangka pelan tindakan untuk meningkatkan nilai integriti dan moral di kalangan belia;
vi. Menjadikan pemupukan semangat patriotik dan peningkatan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada modul program yang dianjurkan;
vii. Menjadikan modul kenegaraan dan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada modul pendidikan dan menjadikan ia sebagai subjek wajib lulus;
viii. Meningkatkan semangat perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum di Negara ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
ix. Mengalakkan penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) belia yang berteraskan penyertaan pelbagai kaum dan menyediakan insentif galakan bagi penubuhanhya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*