Monday, October 21, 2019

A Kadir Jasin Cuba Tipu Rakyat – Najib Razak

Dipetik dari Facebook Rasmi Mantan Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak

——————————————–

A Kadir Jasin cuba menipu rakyat lagi.

Biar saya bongkarkan sekali lagi.

Dia tuduh bahawa saya memaksa LTAT untuk beli konsesi projek AES dan ini telah menyebabkan LTAT rugi sehingga perlu jual aset.

Sekurang-kurangnya, Pak Kadir mengaku bahawa LTAT sedang kuat jual aset.

Tapi dia cuba salahkan saya.

1. Sebenarnya, kerajaan PH telah membeli balik projek AES dari LTAT tahun lepas dengan harga asal pembelian LTAT.
http://www.astroawani.com/…/kerajaan-bayar-balik-duit-rm555…

2. LTAT beli RM555 juta. LTAT jual balik RM555 juta.

Part mana yang rugi sehingga perlu jual tanah?

Dan jika bisness projek AES ini tak baik, kenapa kerajaan PH ambil balik, Siap mereka mansuhkan diskaun saman AES dan menambah kamera pula.

3. Seperti yang saya pernah tulis beberapa kali, sebab utama LTAT mengalami kesusahan sekarang ialah hampir semua pelaburan terbesar LTAT telah rugi tahun lepas akibat ekonomi Malaysia merudum selepas PRU14,

4. Boustead Holdings, Boustead Plantations, Boustead Heavy Industries – semua rugi pada tahun 2018 walaupun mencatat keuntungan dan prestasi yang baik pada tahun 2017.

Sebagai contoh, pelaburan terbesar LTAT iaitu Boustead Holdigns untung RM876 juta pada tahun 2017 tapi RUGI RM488 juta pada tahun lepas.

Boustead Holdings tak pernah rugi dalam tempoh 9 tahun saya PM.

Bukan itu sahaja tetapi, harga-harga saham pelaburan utama LTAT juga jatuh teruk.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155998272510952/

5. Jika harga saham turun, syarikat rugi dan dividen tak bagi, bagaimana pula LTAT tak mengalami kesukaran untuk membayar dividen?

6. Itulah sebab dividen LTAT masih belum diumumkan walaupun sudah masuk bulan Julai dan Mat Sabu pernah janji akan umum pada bulan Februari lalu.

Masa saya PM, LTAT tak pernah rugi atau dalam kesusahan. Bayar dividen tinggi-tinggi tiap-tiap tahun tanpa gagal atau lewat.

Kalau BN tinggalkan “Najis”, di mana datang pulak aset negara untuk PH jual?

7. Pak Kadir juga sebut tentang penjualan hotel 4 bintang di Bukit Bintang, iaitu kawasan strategik setiga emas milik, Boustead kepada syarikat Singapura dengan harga yang boleh dianggap rendah.

Penjualan hotel ini kepada Singapura telah diteruskan walaupun Mat Sabu pernah janji tak akan berlaku.

Tapi apa yang dia tak sebut ialah media melaporkan bahawa LTAT juga sedang menjual tanah-tanah strategik mereka yang dekat dengan The Curve dan di pusat membeli-belah MyTOWN di Jalan Cochrane.

Kalau dulu, LTAT akan memajukan tanah-tanah ini kerana The Curve dan MyTOWN memang projek LTAT,

“Ghazali revealed that Boustead is eyeing to dispose of another one or two assets including its land in Jalan Cochrane and Mutiara Damansara, as well as some properties.”
https://www.thestar.com.my/…/boustead-group-sees-return-to…/

Sekarang dijual sahaja tanah lapang itu supaya pemaju swasta boleh memajukan.

Sudah-sudahlah. Kalau niat mereka ialah untuk menjual aset-aset negara secara lambak, tak payah nak gunakan saya sebagai alasan untuk menipu rakyat.