ADUN PH masih dalam Perak Corporation Berhad

Selepas PRU14, Nga Kor Ming suruh seluruh lembaga pengarah syarikat tersenarai awam milik kerajaan Perak, Perak Corporation Berhad untuk letak jawatan serta merta.

“26 Mei 2018: DAP gesa lembaga pengarah Perak Corporation Berhad letak jawatan” [LINK]

Lepas itu, PH ganti ahli lembaga syarikat GLC itu dengan orang mereka – termasuk anak buahnya Chong Zhemin. Lembaga pengarah syarikat baru ada 7 orang.

 

5 daripada 7 ahli lembaga pengarah ialah:

Mohamed Azni bin Mohamed Ali
Calon PH bagi kerusi Parlimen P72 Tapah

Chong Zhemin
ADUN PH N42 Keranji

Ng Shy Ching
ADUN PH N46 Teja

Hatim bin Musa
Calon PH bagi kerusi N53 DUN Rungkup

Khairul Anuar bin Musa
Calon PH bagi kerusi N19 DUN Chenderoh

 

张哲敏 Chong Zhemin

Wakil Rakyat PH yang menang PRU13 dapat jawatan lembaga pengarah dalam syarikat tersenarai awam Bursa Malaysia. (Calon PH yang kalah turut mendapat jawatan). Menang atau kalah pun dapat jawatan asalkan mereka ialah orang PH.

Bulan Februari lalu, Perak Corporation umum mereka tidak dapat membayar hutang dan telah disenaraikan sebagai syarikat kategori PN17. [sumber] Ini adalah satu langkah sebelum syarikat itu dinyahsenarai atau diisytiharkan muflis.

Setakat kini, orang PH masih belum letak jawatan mereka masing-masing:

http://www.perakcorp.com.my/page/182/Board-of-Directors/

 

sumber asal : Facebook Najib Razak

 

admin : DAP dah lama agak Pakatan Harapan akan hancur jadi? Kenapa syarikat yang sekian lama beroperasi  (Sejak 1991) dapat kat tangan Pakatan Harapan terus melingkup. Perak Corporation Berhad terlibat dalam pemegangan harta tanah dan pelaburan, pembangunan harta tanah dan penyediaan perkhidmatan pengurusan. Syarikat beroperasi melalui empat segmen: Infrastruktur, pembangunan Perbandaran, Hotel dan pelancongan, dan perkhidmatan Pengurusan dan lain-lain. Kena tengok balik apa yang mereka dah buat dalam Perak Corporation Berhad tu yop!!!!