ADUN Sitiawan menguasai Jutawan Baru!!

EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, membuat laporan polis kerana diugut oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkaitan pendedahannya mengenai syarikat pembalakan membabitkan Nga dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Dalam laporan di Balai Polis Kampung Rapat di sini semalam, Hamidah mendakwa Nga mengeluarkan perkataan ‘you revealed, watch out, I will go after you’ (awak dedahkan, jaga-jaga, saya akan cari kamu) di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu. Di sebalik ugutan itu, Hamidah semalam membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (Upaya Padu) yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.
Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.
Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta  [Kredit]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*