Ady Putra Sokong Barisan Nasional

Kecoh di medsosial pelakon popular Datuk Adi Putra menyata sokongannya kepada Barisan Nasional. Malaysia pada kali ini dilanda demam Pilihanraya Kecil dan Pilihanraya Negeri di Sabah. Maka tidak hairanlah ramai yang ingin turut sama memeriahkan kempen PRK dan PRN ini dimediasosial.

“Abg tak abg, sapa Calon aku Turun!!! Dah, Jgn pandang camera kata DS @ahmadzahidhamidi .. kita Pandang depan pada yang Satu ”

Semalam beliau memuat naik gambar bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pasca kempen (PRK) Piliharaya Kecil Dun Slim di Perak. Malah hampir 12,500 yang menyukai gambar tersebut.

“Jai is back. Ingat lagi ketika 2018 bila ditomah dan dicaci menyarungi Barisan Nasional, masa cepat berlalu. Dan kini 2020 jai turun padang kepada calon BN di PRK SLIM”

itulah bait perkataan yang dimuat naik di laman instagram peribadinya. Tindakan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 37, secara terbuka memilih berkempen untuk parti Barisan Nasional (BN) kali ini disambut baik rata rata netizen di laman instagramnya.

‘Jai’ yang dimaksudkan oleh Ady itu adalah watak seorang lelaki ganas yang pernah dibawa oleh beliau didalam sebuah filem bertajuk ‘KL Gangster’ yang pernah mendapat kutipan antara yang paling tinggi dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Tidak dinafikan apa yang ditulis oleh Ady berkenaan ditomah dan dicaci ketika Barisan Nasional tubang pada PRu14 yang lalu. Walaubagaimanapun kekalahan Barisan Nasional yang lalu memberi teladan kepada semua rata rata rakyat Malaysia yang mana sebelum ini dipermainkan dan diperbodohkan oleh Pakatan Harapan yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang demi mendapat undi rakyat Malaysia, malangnya apabila Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan hampir semua manifestor PRU14 Pakatan Harapan janjikan adalah jelas tidak berjaya dan tidak dilaksanakan.

akhirnya Pakatan Harapan tumbang apabila belaku perpecahan didalam PH sendiri yang mana Dr. Mahathir telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang secara tidak langsung Kerajaan parti Pakatan Harapan tumbang dengan izinNya.

Diharap lebih ramai dikalangan pesonaliti dan artis bersama sama berkempeng untuk Barisan Nasional demi menyelamatkan Malaysia daripada ditipu sekali lagi oleh Pakatan Harapan yang mabuk kuasa kerja tak buat.