Aidil Zafuan: Saya bukan mata duitan

KUALA LUMPUR — Isnin lepas, Johor Darul Takzim FC telah mengumumkan enam pemain baru mereka yang baru pulang dari kejohanan Piala Suzuki AFF 2012.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, jurulatih Fandi Ahmad, Safiq Rahim, Safee Sali, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Azmi Muslim dan Norhsharul Idlan.
Aidil yang sebelum ini beraksi untuk pasukan Liga Perdana musim lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan tujuan beliau berhijrah ke Johor adalah untuk menimba lagi pengalaman dan berjaya dalam karier bola sepak.
“Sebelum ini saya telah berpindah dari Negeri Sembilan ke pasukan Liga Perdana, ATM. Ramai yang terkejut kerana ATM pasukan Liga Perdana.
“Di situ saya sudah buktikan saya bukan bermain untuk wang. Saya lakukan itu untuk karier saya dan saya ingin bantu Johor sejauh mana yang saya mungkin.” jelas Aidil. Seterusnya artikel ini..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*