AIR Antara Punca Gigi Reput & Berlubang

Fakta dibawah adalah salah satu kemajuan yang berjaya dicapai oleh kerajaan Isle PAS Kelantan.

Ini satu lagi pencapaian yang baik. Moga Kelantan kekal dibawah pimpinan tok guru.

RAMAI yang mungkin tidak sedar. Selain tercemar dengan kandungan logam berat yang melebihi paras dibenarkan, air di Kelantan juga menjadi faktor masalah kereputan gigi dan gigi berlubang di negeri itu. Ia berikutan kurangnya sebatian fluorida dalam bekalan air. Maklumat ini bukan andaian tetapi fakta yang tidak dapat disanggah. 

Gejala kereputan gigi ini disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus. Kelima-lima loji itu pula sering berdepan masalah penyelenggaraan, akhirnya menyebabkan ketiadaan fluorida dalam air terawat kepada orang ramai.
Ia pencapaian terendah berbanding negeri lain di Malaysia yang mana kebanyakannya hampir mencecah 100 peratus. Kementerian Kesihatan menetapkan julat kandungan florida dalam air 0.4 hingga 0.6 ppm. Malangnya, sejak 2006 sehingga kini, jumlah penduduk Kelantan yang menerima air terawat berflorida berkurangan.Seterusnya..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

*Rela mandi sawah macam kerbau?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*