Aku Pun Boleh Tuduh DAP

Sejak 2008 teman memerhatikan arena politik malaysia yang kian hari kian panas dan hangat lebih² lagi selepas “dilepaskan” kepala pengat si al-juburi.


Bermula dari tarikh itu Malaysia menjadi sesuatu keadaan yang sangat membimbangkan tetapi Alhamdulillah walaupun belakunya REFOMASI dan DEMONSTRASI. Malaysia kekal dilandasnya dan tidak tersembam macam video seorang ORANG kuat DAP baru-baru ini!

Malaysia kekal dalam rating negara membangun yang masih jadi tumpuan dunia walaupun satu dunia tahu pakatan pembangkang buat macam-macam hal dijalanan dan dialam maya ini.Alhamdulillah pelabur asing masih berani melaburkan asetnya disini sehinggakan ada pelabur mahu membina kilang Nadir Bumi yang bakal menguntungkan negara dimasa hadapan. Tetapi ini ditentang keras oleh majoriti orang bukan melayu kenapa?[Jawapannya]

Rata-rata penyokong pembangkang menceritakan kisah kronisme, rasuah dan semua yang buruk dalam dunia ini ada pada kerajaan Malaysia sehinggakan apa yang buruk dilakukan oleh mereka sendiri..Itu pun salah Kerajaan dan terutama sekali UMNO. Disini ingin dinyatakan bahawasanya majoriti blogger dan pengamal media baru bukanlah pekakas UMNO atau seseorang yang berkempentingan dalam UMNO sehinggakan ada ahli UMNO dan Penyokong PR beranggapan blogger ini semua yang menyokong Barisan Nasional adalah ORANG UMNO. Itu silap..

Semalam aku membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang penulis blog yang mahsyur dengan pendedahannya yang hangat dan pedas sehinggakan ada pembaca menulis “aku orang UMNO malu dengan blogger UMNO ini menulis ikut nafsu” yang aku peliknya dari nama blog dan rekaan blog tersebut tidak 1 pun menggambarkan blog itu UMNO punya, kenapa nak salahkan UMNO, setiap blog adalah hak milik penulisnya dan terpulang kepada pendirian penulisnya untuk menyokong mana dan mendedahkan apa yang dia suka. 

Sebabnya?!Setiap penulisan dan pendedahnya adalah dalam tanggungjawab dia, Contohnya isu al-juburi akan saman blogger iaitu papagomo, jika papagomo itu blogger UMNO kenapa tidak disamannya UMNO?!Dan setahu aku papagomo bukanlah ahli umno.Beliau memang penyokong kerajaan yang meluat dengan salah laku al-juburi…itu sahaja..

Aku memang mentah lagi dalam politik tetapi dalam dunia politik ini aku menolak keras pakatan rakyat yang suka menyalahkan orang lain jika dah terkantoi. Aku nak ceritakan dari pemerhatian aku yang sedikit terhad. Video dan pendedahan yang melanda parti PKR dan PAS aku boleh katakan bukan dari UMNO. Sungguhpun pendedahan demi pendedahan ini menguntungkan UMNO secara tidak langsung cuba kita semua renungkan balik dengan penuh rasional.

Blogger Penyokong UMNO telah dichop Blogger seks, porno dan macam2 lagi la dilemparkan kepada sipenyokong ini. Pernahkah ada ORANG UMNO yang mengakui dan telah disahkan bersalah kerana  memerangkap pelaku, merakam aksi pelaku dan mendedahkan rakaman tersebut?!

Jika tiada nama dari UMNO kenapa disalahkan UMNO pula?!Sebab blogger penyokong UMNO yang mengsensasikan itu tersebut bukan??!!Itu terus jatuh hukum INI KERJA UMNO??!

Bagaimana jika aku kata semua pendedahan video² seks yang terpalit dimuka orang Islam hari ini di Malaysia itu adalah kerja DAP?!

Yang ada syarikat elektronik dan pandai dalam bidang ini siapa?!
Yang ada hotel dan berleluasa didalamnya siapa?!
Yang tahu dimana, kemana dan buat apa sipolan-sipolan itu siapa?!
Yang kantoi semua muka orang melayu dan Islam…yang tak kantoi LANGSUNG siapa?!
Yang bercakaran dan berpecah hari ini sesama melayu, Yang untung siapa? 

Aku tengok ada pemimpin PR taat sangat pada DAP seolah-olah DAP tu dah rakam banyak sangat cerita buruk sipolan-sipolan. Jika pencacai PR leh tuduh UMNO..aku pun boleh tuduh ini kerja kotor DAP…Mencipta bukti untuk kelangsungan mereka berkuasa.

Contonnya abang kau pegi mana?Kau mesti tahu kan?paling kurang mesti tahu kemana dia selalu lepak…atau apa hobi dia…hanya orang yang rapat jek tahu apa hobi al-juburi dan al-stopali~

PAS Asyik puji DAP kenapa???? 

HARAKAH
klik bawah ini:

Kesetiaan PAS dan DAP terbukti, matlamat murni

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*