Amaran Kepada Blogger Pro-Kerajaan!

Pastu terlompat kuang kebelakang la berita ini kepada blogger pro-pembangkang bilamana undang-undang yang dibuat oleh pihak kerajaan bakal timbalbalik kepada blogger Pro-Kerajaan. Mana tidaknya pendedahan bermaklumat dan fakta yang cukup juga mengundang blogger ke kandang pendakwaan apabila mereka ini diugut saman dan diambil tindakkan  undang-undang dengan sewenang-wenangnya demi menutup bangkai gajah mereka(pembangkang).

Walhal setiap hari didada akhbar pembangkang setiap hari melemparkan kritikan dan tomahan yang tidak berasas kepada kerajaan langsung tidak diambil tindakkan? Baru petik gambar 2-3 keping dah kena saman. Padahal pembangkang boleh buat arkid lagi fitnah dan tuduhan mereka termasuk isu-isu membabitkan hal dalaman kerajaan yang tidak patut dibocorkan kepada umum kerana ia melibatkan keselamatan negara.

tak payah tanya la blog atau portal mana yang duk leaking rahsia kerajaan, hari ini sahaja aku terbaca dalam blog milosuam (saudara Yusof PKR) membocorkan satu surat yang diutuskan kepada pejabat perdana menteri walhal itu adalah rahsia kerajaan yang tidak patut dilepaskan kepada umum.

Ternyata yang banyak species biawak bertukar warna ada didalam kerajaan hari ini, dan ini membimbangkan keselamatan negara bakal tergugat jika kekerapan kebocoran maklumat ini belaku tidak mustahil suatu hari nanti (atau sedang belaku) rahsia-rahsia kerajaan sedang dijual ke pihak luar.



Tindakan menyaman media atau penulis blog tertentu terutamanya oleh parti-parti pembangkang boleh memberikan petanda buruk terhadap kebebasan media di negara ini.


Malahan ia juga dianggap sebagai satu usaha mengheret institusi kehakiman dalam menimbulkan keraguan terhadap pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Seorang peguam, Hasnal Rezua Merican menyatakan, tindakan menyaman akhbar atau penulis blog kini menjadi trend untuk menyempitkan kebebasan bersuara dan media.

“Kalau tidak boleh beri peluang untuk akhbar atau blogger untuk mengkritik, maka jangan bercakap mengenai kebebasan media,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau mengulas demikian berhubung trend pihak-pihak tertentu terutama parti pembangkan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan penulis blog tertentu konon melemparkan fitnah terhadap mereka.

Hasnal Rezua berkata, selain itu adalah benar dari segi undang-undang, sesiapa yang menyebar fitnah tidak kira penulis asal atau pencetak dan sebagainya boleh disaman dan dikenakan tindakan.

Namun, ujar Hasnal Rezua, tindakan menyaman hanya mereka yang mencetak semula dakwaan dikatakan fitnah itu tanpa memanggil penulis asal sebenarnya boleh dikira sebagai usaha untuk menyempitkan pembelaan pihak yang disaman.

“Akhbar-akhbar propembangkang juga ada menyiarkan fitnah atau perkara-perkara yang meragukan tetapi tidak disaman oleh kerajaan kerana kerajaan sedia ada lebih percaya kepada kebebasan media di samping mengambil pendekatan menjelaskan perkara yang sebenarnya.

“Tapi yang ada sekarang, baru ditanya soalan, sudah nak saman. Baru ditanya soalan, sudah ugut hendak panggil pengawal keselamatan. Kalau tidak bersedia untuk menghadapi media, memberikan jawapan atau penjelasan terhadap soalan yang akan diberikan, jangan dipanggil sidang media,’’ katanya.

Tindakan saman media dan penulis blog ini juga, kata Hasnal Rezua, merupakan usaha untuk menutup mulut tidak kira dari media atau pun penyokongnya sesebuah parti itu sendiri.

Seorang lagi peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan, tindakan saman-menyaman itu juga berkemungkinan adalah untuk menakut-nakutkan media mahupun penulis blog agar kebenaran sesuatu isu tidak didedahkan.

Beliau turut memberitahu bahawa saman-saman tersebut bersifat ‘memilih’ kerana tidak semua disaman.
Memberi contoh dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk ‘Tolak Anwar – Hasan’, syarikat penerbitan itu disaman ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari tahun lalu.

“Bagaimanapun sehingga hari ini, Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap Hasan di atas kenyataan yang dikeluarkan itu,” katanya. – Utusan
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*