Ambiga Boleh Dihalau Dari Malaysia?! [Video]


“Perkuatkan diri sehingga membuatkan orang lain gerun pada kita”

Tentunya saranan yang diberi oleh Tun Dr Mahathir sangat bermakna. Rakyat harus mengundi 2/3 terlebih dahulu bagi melucutkan kewarganegaraan rakyat Malaysia yang cuba memecah-belahkan rakyat, maka Perlembagaan Persekutuan perlu terlebih dahulu dipinda, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menjelaskan bahawa Perlembagaan itu hanya boleh dipinda sekiranya kerajaan yang mentadbir memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen, beliau menyeru pengundi dapat membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang hadirin majlis ‘Santai Bersama Tun M’ di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini yang membangkitkan soal melucutkan kerakyatan individu-individu seperti bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga yang dilihat berselindung di sebalik nama NGO dan memecah belahkan rakyat. Halau saja individu yang cuba menghancurkan negara. Nak simpan buat apa lagi. Kalau di sesetengah negara, mereka ini dah lama dihukum buang negara, atau ditembak!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*