Anak Melayu Wajib Pertahankan Negara

Disaat anak-anak muda kaum Cina berlumba-lumba untuk mendapatkan hak masing-masing menerusi kuasa undi, anak muda Melayu pula bersikap sebaliknya. Mereka menganggap politik tanahair terlalu kotor sehingga mereka melabelkan politik sebagai POLITAIK dan bagi mereka siapapun yang berkuasa mereka masih tetap anak muda biasa, masih akan menikmati apa yang sedang mereka nikmati sekarang..tapi hakikatnya keadaan akan punah sekiranya Pakatan Rakyat yang didominasi DAP memerintah… bacalah Anak muda… fikirlah…

Ya, politik itu kotor. Ramai anak melayu kita hari ini jika bercakap mengenai politik akan menutup mata. Tapi, tahukah anda bahawa anda bakal merempat di tepi jalanan kerana politik? Tahukah anda bahawa kemungkinan bahawa Melayu akan kehilangan kuasa kerana politik? Tahukah anda bahawa Islam akan terlucut daripada posisi agama rasmi Malaysia kerana politik? Tahukah anda bahawa Malaysia akan terjual sekali lagi dan kembali dijajah kerana politik? Politik ialah perisai terakhir agama, bangsa, dan negara kita.
Tapi, seberapa banyak anak Melayu yang terus jadi BUTA dan PEKAK, serta BISU jika politik menyapa telinga mereka. Jangan bising kalau hak kamu kena LANYAK kerana kamu sendiri merelakan diri untuk dicacatkan haknya. 🙂


Sumber : jkkk-kotasarangsemut

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*