ANALISIS : KONGRES DAP

“Begitu juga dengan orang-orang Melayu yang sebelum ini seronok mengibarkan bendera DAP dan para media alternatif pro-pembangkang Melayu yang mempertahankan pemimpin-pemimpin DAP. Amat memalukan bangsa Melayu jika mereka masih berbuat demikian.”

Ramai yang mengatakan bahawa Kongres DAP yang berlangsung semalam (16/12/12) di Pulau Pinang sudah tidak membawa erti lagi.

Segala adegan angkat bakul sendiri, Malaysian Malaysia atau pun Middle Malaysia menjadi bahan ketawa dan sindiran tajam rakyat sekalian. 
Polar politik dalaman parti DAP dilihat sangat jelas, malah telah kerap diperingatkan kepada kita semua. Tetapi masih ada lagi orang Melayu yang memakai dan mengibarkan bendera DAP.
Malah, pernah berlaku peristiwa penyokong-penyokong Melayu yang bersembahyang hajat di depan pejabat DAP!
MiM mengambil satu contoh kenyataan di bawah oleh Ariffin Omar, salah seorang Melayu yang diangkat menjadi Senator oleh DAP. Di antara kenyataan beliau :
“DAP merupakan parti yang berasaskan semua kaum berbeza dengan komponen terbesar BN yang berjuang untuk kaum masing-masing sahaja. DAP tidak melihat berdasarkan warna kulit dan tidak meminggirkan kaum apa pun,” 
Malangnya, orang yang memuji DAP kononnya ‘DAP tidak melihat berdasarkan warna kulit dan tidak meminggirkan kaum apa pun’ telah dimalukan semasa pemilihan CEC DAP!
Beliau sendiri telah ditolak dan tidak layak untuk menjadi salah seorang daripada 20 calon CEC DAP!
Apakah Ariffin Omar masih mahu mempertahankan kenyataan beliau ? 
Apakah beliau berani bangkit mempertikaikan isu besar ini atau beliau menikus mendiamkan diri kerana sudah diberi jawatan Senator oleh DAP atau pun besar kemungkinan dilantik di dalam CEC DAP? 
Yang merisaukan kita ialah mentalitit perwakilan DAP yang mewakili ahli-ahli DAP akar umbi masih memikirkan kaum dan warna kulit. Calon-calon Melayu dimalukan secara terang-terangan tanpa belas kesihan oleh perwakilan yang hadir di Kongres DAP.
Di bawah adalah senarai calon Melayu yang dimalukan oleh perwakilan DAP :
1. Senator Ariffin S.M Omar (748)
2. Zairil Khir Johari (305 undi)
3. Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi)
4. Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi)
5. Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121)
6. Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98)
7. Roseli Abdul Ghani (39)
8. Harun Ahmad (28).
Yang lebih menyedihkan tahap meleleh air mata kita ialah kenyataan Zulkifli Mohd Noor yang juga kalah di Kongres DAP.
Di antaranya : 
“Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum… seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi.Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa,” katanya.
Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.
“Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu… Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti,” katanya. – BERNAMA
Dan setelah sekian lama, Zulkifli Mohd Noor masih lagi kecewa dengan mentaliti DAP yang tidak berubah! Kesihan sungguh kesihan!
Bagi MiM, satu sahaja cara yang perlu dilakukan oleh Zulkifli dan rakan-rakan Melayu Melayu di dalam parti DAP iaitu keluar beramai-ramai daripada parti itu. Itu sahaja cara untuk menebus kembali malu dan humiliation yang mereka tanggung di Kongres DAP.
Dan isunya bukan ‘kecewa kerana kalah’ tetapi untuk mengajar kepimpinan DAP supaya mengotakan janji dan tidak melampau seperti sekarang. Mereka acap kali menuduh parti lawan yang bukan-bukan tetapi parti mereka sendiri jauh panggang dari api!
Malah, MiM percaya ramai rakyat bukan Melayu yang turut kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Mereka tentu mengharapkan agar DAP berubah dan benar-benar mewakili rakyat berbilang kaum tetapi sungguh mengecewakan sekali. 
Apa pun, segalanya begitu jelas tanpa selindung lagi.
MiM jangka kepimpinan DAP akan menawarkan jawatan dan pangkat untuk mengubat hati calon-calon Melayu yang dimalukan itu tetapi apakah mereka akan menerimanya?
Jika benar, perlantikan mereka itu bukan sahaja amat memalukan tetapi pasti diketawakan oleh rakyat. 
Di manakah maruah sebagai seorang Melayu dan beragama Islam hingga masih sanggup bersekongkol dengan parti yang menolak mereka di pemilihan CEC DAP?
– BY : MIM

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*