Anwar mampu mendapat majoriti 51%

Sokongan kepada mahyudin yasin tidaklah sekuat mana. Namun begitu kekuatan mahyudin menyumbangkan 10% kepada kemenangan Barisan Nasional pada Pru akan datang. Strategi Anwar ialah memecahkan gabungan dua pemimpin ini supaya Anwar boleh menang pada pru dan seterusnya menjadi Perdana Menteri yang ke7.


Jika dilihat kepada survey sokongan daripada pembaca blog ini kita dapati Najib hanya mendapat 49% sokongan sahaja. Ini bermakna gabungan Pas, Pkr dan Dap serta ditambah pula dengan perpecahan dalaman umno, Anwar mampu mendapat majoriti 51%.

Oleh yang demikian kita dapati blogger pro pakatan rakyat seolah olah senada dalam rentak serangan mereka iaitu mereka sengaja menimbulkan kegelisahan kepada penyokong kerajaan dengan cerita bahawa terdapatnya pertelagahan diantara Najib dan Mahyudin. Sedikit sebanyak strategi ini tampak berjaya kerana kelihatan semakin ramai ahli ahli umno yang melahirkan perasaan kecewa dengan perebutan kuasa didalam umno.

Ditambah dengan gelagat beberapa orang keliling Najib yang tidak mempunyai “base politik” tapi bertindak mempengaruhi Najib dalam setiap strategi untuk menenggelamkan musuh politik Najib didalam Umno. [Kisah Penuh]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*