Anwar Mencapapmu?!

Anwar Main Teka Teki Mencapapmu (Mencari Publisiti Murahan)

Segala teka- teki Anwar Ibrahim untuk tidak bertanding di Permatang Pauh sebelum ini sudah terjawab. Malam tadi dihadapan beberapa kerat penyokong setianya terdiri dari pengunjung yang lalu lalang untuk ke Pasar Malam,Anwar mundar mandir seperti orang hilang arah memberitahu hadirin yang rata-rata anak-anak muda yang belum pasti boleh mengundi yang dia akan tetap pertahankan kerusi Permatang Pauh.

Malam tadi penduduk Permatang Pauh bergundi-guni kena bohong dek Anwar
Seperti biasa media pencacainya dikerah untuk ‘counter’ ,bahawa dia tidak boleh menghampakan pengundi di Permatang Pauh kerana membantu dia termasuk isteri sebelum ini, dan cerita dia ingin bertanding di tempat lain adalah tidak benar.
Anwar semacam tahu,PRU 13 adalah perjuangan terakhirnya untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh dan kekalahan dia pada kali ini sudah dijangka.
Sebelum itu,ura-ura dan khabar angin mengatakan Anwar akan bertanding di Perak adalah benar namun cerita bahawa Lim Kit Siang sendiri tidak yakin lagi mempertahankan kerusi di Ipoh Timur kerana ditolak oleh majoriti pengundi disana membuat Anwar membatalkan hasratnya dengan tergesa-gesa.
Ini membuktikan BN memang sudah berkuasa dan di terima rakyat di perak.
Bagi Anwar kalah ditempat sendiri adalah cara yang paling terhormat dari dibenam tercorot di kawasan bukan tempat kelahirannya.
Persoalannya? Anwar ini tau ke maruah itu apa?Mencapapmu?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*