Anwar Mengamuk!!!

Nampaknya Anwar masih seperti dulu lagi .. Kalau dulu setiap kali Anwar diajukan soalan mengenai jam Omega pasti Ketua umum PKR itu akan meradang… sama juga dengan hari bila ditanya pasal Chinadoll Anwar pasti naik angin .. hmmm lain macam sensitif Anwar dengan Chinadoll ni .. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut bersabit penari berpakaian hampir bogel pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kulim Sabtu lepas.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada kerajaan negeri Kedah untuk menjawab isu tersebut. “Tanyalah Kulim sendiri,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita.
Penari wanita itu membuat persembahan tiga jam di hadapan tetamu dengan hanya berpakaian menutup belakang badan dan perut mereka.
Majlis tersebut telah diatur oleh Exco Kerajaan Negeri dan ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee bagi menangkis dakwaan awal bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan satu garis panduan menyekat persembahan awam semasa perayaan Tahun Baru Cina nanti..
Walau bagaimanapun ADUN Kota Darul Aman Lee Guan Aik (DAP) dan Exco negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS) memberitahu Sin Chew Daily bahawa persembahan tersebut bukan sebahagian daripada budaya Cina.
Phahrolrazi berkata persembahan tersebut melanggar kod pakaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata pakaian seperti ‘berbikini’ boleh muncul di pantai dan bukan pada persembahan awam yang dihadiri oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Justeru katanya, kerajaan negeri akan menyiasat penganjur berhubung kejadian itu.
Lee bagaimanapun enggan mengulas mengenai tindakan Lim tetapi menekankan bahawa penghibur harus berpakaian sopan kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.
Beliau menambah bahawa satu lagi acara Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh DAP di Alor Setar pada 11 Februari ini akan menampilkan penghibur berpakaian tradisional dan sopan. – Sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*