Anwar Offer atau Brainwash Harun Din?!


Satu ‘perjumpaan sulit’ telah berlaku antara Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada malam Isnin lalu.

Pertemuan itu bukan atas anjuran mana-mana organisasi malah Anwar Ibrahim sendiri mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Datuk Dr. Haron Din sendiri.

Dalam ‘pertemuan sulit’ itu Datuk Dr. Haron Din telah ditawarkan jawatan tertinggi bergaji besar jika pakatan menang dengan syarat Datuk Dr. Haron Din mengaku bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Agama Kristian dalam bible berbahasa melayu.

Beberapa pemimpin Pas mensyaki sesuatu selepas sahaja pertemuan sulit tersebut Datuk Dr. Haron Din terus jadi ‘bisu’ tanpa sebarang kenyataan mengenai kalimah Allah.

Jika benar Datuk Dr. Haron Din telah menerima syarat Anwar Ibrahim yang dianggap dajal maka Pas akan menghadapi tahap kehancuran yang paling dashyat.

Ada juga kenyataan yang dibuat bahawa pertemuan sulit antara Anwar dan haron Din telah diatur oleh beberapa pemimpin cina DAP yang takut Melayu dalam pakatan pembangkang berpecah dan ini mengurangkan peluang mereka untuk menakluki Malaysia.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*