Anwar Panas Dr.Asri Puji Najib?!

Tindakan mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang memaklumkan mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri di laman twitternya nyata tidak dapat diterima oleh pimpinan tertinggi PKR khususnya Anwar Ibrahim. 
Ini kerana menurut sumber dalaman PKR, kenyataan Dr Asri yang seolah-olah memuji gaya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib itu telah menyebabkan PKR mengambil keputusan untuk tidak mencalonkannya dalam pilihanraya akan datang.
Dr Asri semalam, melalui laman sosialnya memaklumkan mengenai perjumpaan tersebut yang diadakan pada 2 minggu yang lalu.
“2 mnggu lepas YAB PM (Perdana Menteri) jemput saya ke pejabat beliau (untuk berjumpa secara) sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau mendengar dengan teliti (dan) saya hargai sikap itu” katanya. [Artikel Penuh]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*