Anwar Patut Saman Reuters

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman Utusan Malaysia dan TV3 berhubung penyiaran berita yang mengatakannya sebagai dalang di sebalik pencerobohan tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu adalah lebih bermotifkan politik bukannya ingin mencari kebenaran.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata sepatutnya Anwar menyaman dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Reuters dan media Filipina yang menyiarkan pendedahan itu bukannya Utusan Malaysia dan TV3 kerana media terbabit hanya menyiarkan apa yang dilaporkan oleh media asing terbabit.
“Mengapa Anwar tidak menyaman Reuters dan media Filipina kerana mereka yang menyiarkan berita itu bukannya Utusan Malaysia dan TV3, mengapa pula mereka yang kena saman sedangkan mereka melaporkan apa yang disiarkan oleh media terbabit.
“Apa yang dilaporkan itu didedahkan sendiri oleh perisikan Filipina kepada Reuters, Anwar juga sepatutnya menyaman perisikan Filipina kerana jika apa yang dilaporkan itu tidak benar,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan 15 wakil belia NGO Palestin di Ibu Pejabat UMNO di sini, hari ini.
Ahmad berkata, apa yang berlaku itu menunjukkan adanya `double standard’ Anwar terhadap media di negara ini kerana tiada tindakan diambil olehnya terhadap apa yang dilaporkan oleh media asing terhadap dirinya.
Sementara itu, Ahmad berkata UMNO mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dalam kejadian di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dan berharap apa yang berlaku itu dapat diselesaikan segera.
“UMNO menyokong segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pasukan keselamatan untuk menangani apa yang berlaku di sana,” katanya.
info : Sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*