Anwar Sudah Mula Tolak Pendirian DAP?!

SEJAK Anwar tukar pendirian dalam isu Lynas ini, orang Pakatan cukup kelam kabut mencari apa alasan sesuai nak digunakan untuk menjawab dengan rakyat.

Maklumlah, yang berjalan dari Kuantan ke KL, yang mogok lapar, ikan kepala dua dan semua benda-benda bodoh lain dah dibuat dah demi nak menegakkan pendapat bahawa Lynas ini kilang merbahaya.
Alih-alih Anwar tukar lidah.
Harap pada Pengerusi Himpunan Hijau pun tak berguna juga sebab dia terlalu teruja dicalonkan DAP di Bentong sehingga dia pun turut sama bersetuju dengan Anwar – buat U-Turn yang besar, walhal dulu dia juga jaguh nak Lynas ini ditutup.
Jadi nak tak nak, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh terpaksa tampil dengan kenyataan yang sangat kedengaran ganjil ditelinga semua orang – Pakatan akan tetap tutup Lynas kalau berjaya merampas Putrajaya dari BN.
Dari orang pening dengan flip flop Anwar, dah tambah pening dengan statement Fuziah pulak. Ini mana satu betul, mana satu nak percaya? [Artikel Penuh]

——–
Annwar tahu Lynas amat menguntungkan negara itu pasal dia tetibe u-turn…Maklumlah semuanya nak FREE semua nak MANSUH..semua nak TURUN…
Yang pasti dia hanya U-TURN sungguhpun berlambak-lambak macai yang duk buat demonstrasi menapak dan memonyetkankan diri..semuanya sia-sia termasuk demonstrasi BERSIH…Tidak memberi faedah kepada negara dan masyarakat..malah memburuk sikukan janji yang dijuburi.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*