Anwar Tahu Pakatan Bakal Kalah?!

Apa yang aku baca dari penulisan Selangordaily ini boleh aku rumuskan ada juga kebenaran dari kata-kata Tun Daim Zainuddin. Mana tidaknya dia (anwar) buat segala macam kononnya PR dah nyata menang sedang kekuatan pengundi hari ini masih dipegang erat menjadi rahsia individu yang bakal keluar mengundi pada PRU13, bagaimana Anwar boleh membuat andaian semboron mengatakan PR kuat dan bakal memenangi banyak kerusi?Sedangkan diri dia sendiri masih berkudis dan terhimpit dengan isu keruntuhan moral seorang pemimpin pembangkang.

Anwar semakin hari semakin nazak, jika dahulu anwar sering berceramah bercerita tentang agama, rasuah dan dianiaya..tapi hari ini?

Dalam ceramah-ceramah beliau hanya ‘cakap kosong’ dan segala yang terhimpit kepada dia adalah salah UMNO, dialah pemimpin paling suci kononnya.

Jika PRU13 INI KALILAH Anwar bakal mengorek kuburnya sendiri PASTI gerakkan demonstrasi akan bakal belaku. Mohon ISA diaktifkan semula agar keamanan dan kestabilan negara ini selamat dari anasir anasir yang bertopengkan perjuangan MEMBEBASKAN SYAITAN AL-JUBURI  – Daengselili



Bekas Menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah menjawab soalan-soalan wartawan berhubung PRU12, Anwar Ibrahim dan masa depan negara. Menurut Tun Daim, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi terlalu banyak ruang berita kerana itulah apa yang beliau suka, sebaliknya usah hiraukannya kerana beliau tidak suka apabila tidak dipedulikan, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi “tarikh luput” dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu.
“Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya.
“Beliau sepatutnya dibiarkan sahaja menjadi penghibur, menari dan menyanyi di ceramah-ceramah. Sepertimana saya katakan, zamannya sudah berlalu, umpama ‘burung punggok merindukan bulan’,” kata Daim dalam wawancara dengan New Sunday Times.
Bekas menteri kewangan itu menegaskan jika rakyat memilih pembangkang yang dipimpin Anwar, dengan itu negara akan menuju jalan kehancuran.
“Beliau telah diuji semasa krisis kewangan Asia dan beliau telah gagal. Saya juga fikir yang beliau gagal bukan hanya kerana dasar-dasarnya, tetapi juga kerana motifnya,” katanya.
Daim berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu benar-benar marah dengan krisis itu kerana beliau tidak sanggup melihat apa yang telah beliau bina sejak bertahun-tahun lamanya musnah akibat sikap tamak spekulator dan penyangak mata wang.
Bekas menteri kewangan itu juga melahirkan kegusarannya bahawa Anwar tidak arif mengenai ekonomi dan jika beliau sekali lagi menjadi menteri kewangan atau perdana menteri, beliau akan cenderung mengikut jejak Amerika. [Sini]
“Amerika sedang berada dalam krisis, Eropah sedang berada dalam krisis. Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia,” katanya.
Beliau berkata Anwar cuba mendapatkan Australia untuk menyokongnya, untuk mengutuk dan menyatakan pilihan raya di negara ini tidak adil serta menyatakan Arab Spring di Malaysia bukan menerusi revolusi tetapi menerusi peti undi.
Daim mendakwa, Anwar sedang “menghasut” fikiran rakyat di sini dan memberitahu dunia bahawa pembangkang akan menang sedangkan beliau tahu yang beliau tidak boleh menang.
“Beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang pilihan raya ini tetapi sekiranya pembangkang kalah, Anwar akan kata ini adalah kerana wujud amalan berat sebelah dan perusuh akan keluar ke jalan-jalan untuk protes.
“Beliau berjanji untuk membentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gentar dan ramai yang percayakan beliau. Itu memang cara beliau. Beliau hanya pandai cakap dan berjanji. Kini, beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang,” kata Daim.
Katanya jika pembangkang kalah, Anwar akan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring ke sini serta menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka perlu melakukan protes jalanan untuk mendapatkan semula undi mereka.
“Dapat anda bayangkan senarionya jika pembangkang tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan berterusan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring di sini.”
Daim menegaskan tidak pernah berlaku penipuan dalam pilihan raya di Malaysia dan ini terbukti apabila pembangkang membentuk lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum lepas.
“Bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi sekiranya kerajaan menipu dalam pilihan raya? Tiada pilihan raya yang sempurna di dunia ini,” katanya.
Daim menegaskan tiada perbalahan antara beliau dan Anwar sehingga ketua pembangkang itu mula menuduh menjadi ketua konspirasi.
“Saya bukan seperti Cassius. Saya mungkin kurus tetapi wajah saya tidak nampak macam “lapar sangat” dan yang pasti saya bukan seperti Brutus. Apabila Anwar mendakwa saya ketua konspirasi, beliau tahu kebenarannya yang saya tidak terlibat, tiada peranan langsung,” katanya.

daim2

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*