Anwar Tiada Pilihan Hanya Sekadar Angan

Kenyataan pemimpin pembangkang bahawa mereka tidak mempunyai masalah berhubung siapakah yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya adalah sekadar untuk menutup kemelut isu yang berkenaan yang masih belum ada pemutusnya.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norhayati Onn berkata pemimpin pembangkang terpaksa membuat kenyataan sebegitu untuk menutup kemelut yang berlaku serta khuatir akan kehilangan sokongan jika menggumumkan mana-mana individu untuk jawatan berkenaan.
“Pembangkang terpaksa berbuat begitu kerana takut hilang sokongan sebab itu sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi dari mereka berhubung jawatan berkenaan, pemilihan Anwar untuk jawatan berkenaan masih tidak dapat diterima oleh semua pihak terutama di kalangan penyokong Pas.
“Isu siapa bakal Perdana Menteri dibaratkan seperti `api dalam sekam’ walaupun pemimpinnya mengatakan mereka tiada masalah, tetapi hakikatnya pembangkang masih belum dapat duduk untuk menyelesaikan masalah yang kini menghantui mereka.
“Bukan sahaja rakyat, penyokong mereka pun sudah hilang keyakinan kepada Anwar, sebab itu mereka masih tidak boleh umumkan siapa Perdana Menteri, walaupun sebelum ini mereka mengatakan Anwar yang lawayk untuk jawatan berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembangkang tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika menang PRU13.
Norhayati berkata, apa yangb berlaku itu menunjukkan pembangkang bukan sahaja bercelaru dalam menentukan isu berkenaan malah turut dilanda dengan pelbagai masalah dalam antara ketiga-tiga parti terbabit termasuk pembahagian jumlah kerusi yang akan dipertandingkan sama ada di peringkat DUN dan Parlimen.
Menurutnya, jika pembangkang tidak mempunyai masalah, mengapa sehingga kini masih terdapat suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pakatan pembangkang terutama membabitkan beberapa yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*