Anwar Tidak Mempercayai Sesiapapun Termasuk Dirinya?!

Anwar kini menunjukkan wajahnya yang sebenar. Membodohkan semua orang seperti membodohkan rakyat Sabah, tapi Anwar tidak dapat membodohkan semua orang dalam semua masa. 

Ansari dan geng 7, Yong Teck Lee dan Datuk Dr. Jefrey Kitingan keluar dari kepompong Anwar dan mereka menunjukkan kepada Anwar, orang Sabah bukan sebodoh pemikiran Anwar Ibrahim.
Anwar tidak mempercayai bininya, dia kata dia tak akan bertanding. Tidak sampai 24 jam, anaknya berkata emaknya akan bertanding. Anwar pun sudah gagal membodohkan anak bininya sendiri!
Tapi, Anwar tidak peduli semua itu, Masanya sudah tiba. Pakatan Rakyat tiba-tiba menjadi tidak keruan.
Anwar tidak mempercayai isterinya, anaknya, kawan-kawannya. 
Apa yang Anwar tahu ialah Eksploit sesiapa saja kawan-kawannya, pensyarahnya, keluarganya, anak muda atau sesiapa sahaja. 
Kata orang putih, “Typical of Anwar Ibrahim, he will exploit everybody. When in UMNO he brought ABIM in as his suppoters. He lives on blind support. 
Not suprise he spy on PAS and DAP. That is his style, dont trust friends and exploit friends. Anwar Ibrahim cheat friends, he cheat his boss, he cheats his wife, he cheats his children… Basically Anwar Ibrahim is a Cheater and Liar without Moral Values and integrity.
Do you want him to be our Prime Minister? Jauhkan Bala!


PKR DALAM PKR

Namun, di dalam kem Pakatan, Anwar tiba-tiba menjadi tidak tentu hala. Di Sabah ahli-ahli PKR Sabah rasa ditipu dan dikhianati oleh Anwar apabila calon-calon Pakatan Rakyat bocor dan memeningkan kepala mereka. Akhirnya Ansari dan “Geng 7” mengemukakan calon masing-masing dengan tidak memperdulikan lagi arahan Anwar dan Pakatan Rakyat. Laporan di sini

Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.
“Itu hanya cakap-cakap politik,” kata Nurul Izzah, malam Khamis, walaupun tahu sumber berita itu daripada KeadilanDaily.com yang memetik kenyataan bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.
“Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon,” katanya  di Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
Sementara itu, Mstar melaporkan kenyataan Mohamed Azmin Ali, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa nama Presidennya, Wan Azizah tidak tersenarai untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah buat kenyataan crystal clear yang sangat jelas bahawa Presiden tidak akan bertanding,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Jumaat.
Lihatlah mereka berbalah-balah, ini belum jadi Perdana Menteri, hendak mengawal parti mereka sendiri tiada kekuatan dan kemampuan. Jika ahli-ahli sendiri dengan senang mempertikai keputusan pucuk pimpinan bolehkah Anwar menjadi Perdana Menteri kepada 30 Juta rakyat Malaysia. Saya fikir beliau tidak ada kemampuan lagi. Usia dan kekuatan minda beliau semakin merosot. Cengkaman beliau semakin berbarai.
PAS DAN PKR 
Di Wilayah Persekutuan, PAS mengutuk perbuatan Azmin Ali, kata mereka “PAS WP berasa kesal dengan pengumuman dibuat Azmin dalam media pada Rabu bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.
“PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa, Jumaat.
“Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh PKR tanpa persetujuan daripada PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini belum lagi menyentuh kerusi Parlimen Dungun, di mana Man Botak PKR bercita-cita mahu menjadi calon Parlimen Dungun namun ditentang oleh PAS kawasan Dungun. Seorang Pemimpin PAS Dungun sanggup mengeluarkan wang tunai RM300,000 jika Man Botak PKR bertanding di Dungun. Bacaan ini boleh membantuhttp://mymassa.blogspot.com/2013/02/kemelut-pkr-terengganu-sms-rafizi.html




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*