Apa Jalan Terakhir Pembangkang?!

Masa berkempen memasuki fasa kedua apabila seminggu masa berlalu digunakan sepenuhnya termasuklah pakatan pembangkang yang lebih cenderung bertindak negatif dan menggunakan pentas ceramah sebagai medan bagi memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Penganalisis politik, Prof Dr. Ahmad Atory Hussin tempatan menganggap tingkah pembangkang berbuat demikian ekoran idea mereka yang semakin kontang berdepan dengan BN.

“Melontar fitnah, melakukan dakwaan negatif dan bertindak agresif adalah jalan terakhir kepada pakatan pembangkang dengan harapan ia akan menjatuhkan BN serta para pengundi akan bertumpu kepada calon-calon dalam parti mereka,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ujar beliau, selain daripada bertindak sedemikian pakatan pembangkang tidak mempunyai modal lain lantaran mereka tidak mempunyai rekod yang baik bagi dibentangkan kepada pengundi sebagai bukti.

“Ini berbeza dengan kepimpinan dalam BN yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pentadbiran selama 55 tahun, ada hala tuju dan matlamat serta mempunyai keupayaan dalam membentuk perancangan masa hadapan sebagaimana yang telah dilakarkan oleh Datuk Seri Najib sebelum ini.

“Bukan itu saja, pakatan pembangkang juga terpaksa berdepan dengan anggota partinya sendiri yang telah melakukan penolakan terhadap kepimpinan mereka sehinggakan berlaku ahli-ahli di akar umbi keluar parti dan memberikan sokongan kepada BN.”


Sepanjang kempen seminggu yang lalu, antara laporan menyebut berkaitan politik ganas dan budaya mensabotaj di pos BN di Kampung Talak Hujung, DUN Wakaf Bharu dalam Parlimen Tumpat yang diserang dengan molotov koktail sekitar jam 5 pagi.


Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal selain di Putrajaya, perbuatan membakar bendera BN dikesan di kawasan kediaman Presint 8.

“Ketidakseimbangan dalam pakatan pembangkang juga mewujudkan indikator menurun dari kalangan pengundi sebagaimana anggota partinya bertindak meninggalkan kepimpinan dan perjuangan yang lebih terarah kepada fitnah dan pembohongan.

“Rakyat bukanlah bodoh atau gagal membuat penilaian berkaitan apa yang berlaku di sekeliling mereka khususnya dalam soal menentukan siapakah wakil rakyat dan pemimpin negara ini,” tegasnya lagi. –  Sumber






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*