Apa Winnable Candidate Pada Orang Muda?!

Ini luahan hati dari pengundi muda, tidak dinafikan pengundi hari ini adalah golongan 20-40 yang baru mengundi 2-3 kali(tolak tambah). Dan majority mereka-mereka ini adalah golongan atas pagar sebabnya mereka memang tak nak ambil tahu hal berkenaan politik even ceramah politik pun tak minat melainkan dihangkut oleh kawan-kawan atau ahli keluarga. 

Mereka-mereka ini didedahkan dengan berita-berita didalam alam maya / internet (facebook/myspace/twitter/blog/friendster/email) yang menyebarkan berita yang mempunyai pelbagai spekulasi dan persepsi. Surat khabar UMUM tidak seberani suara dari alam maya ini contohnya blog double y, pisau.net , papagomo, sekupangduas & beberapa blogger politik. 
Untuk siapakah mereka bersuara? Ahli politik, rakyat atau parti?! 
Ada yang menafikan daengselili ini terlalu mentah nak bercerita tentang mereka-mereka tetapi aku juga memegang 1 undi. Tidak lupa juga aku juga boleh mempengaruhi undi untuk keluarga aku 12 orang J. Semoga winnenable candidate yang diperkatakan pada 2011 pada persidangan agung lepas tidak dilupakan . So para pendokong parti jangan memandang sepi kepada kesungguhan para blogger pro-barisan nasional. Ingat, Blogger juga pengundi..
“Bait-bait Merak” sudah ada dikalangan orang dalam parti..padahal yang tunggang terbalik Najib Razak dan Muhyiddin Yassin buat kerja, tolong jangan aniaya depa.

Pengorbanan daripada segi wang, tenaga dan masa mungkin mudah dilakukan tetapi sanggupkah mereka melakukan pengorbanan perasaan. Inilah pucuk pimpinan sebutkan agar sebagai penyokong dan pejuang Umno mereka perlu membuat pengorbanan perasaan tersebut (rela hati tidak dipilih menjadi calon). – Winnable Candidate
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*