ASTRO MALAYSIA : Perompakan Hakcipta Media Sosial

Secara umumnya, setiap bahan yang dimuat-naik ke laman web atau media sosial adalah dianggap “public domain” melainkan pemiliknya membuat deklarasi (declaration) bahawa penerbitan semula kandungan tersebut mesti mendapat keizinannya terlebih dahulu sebelum boleh diterbitkan semula ke lain-lain penerbitan.

Kenapa Astro Malaysia kaut untung dari hasil video awam?

Video, gambar dan bahan bahan terbitan ini diambil dan olah Astro Malaysia dan ia terus menuntut ianya adalah milik mereka sedangkan ia adalah “public domain” yang dimuat naik oleh pengguna media sosial.

Apa yang Astro Malaysia dapat manfaat daripada perkara ini?

Contohnya kes terbaru di Youtube ini. Setelah Astro Malaysia menuntut sesebuah video/bahan terbitan yang ianya telah ‘jadi hakmiliknya’ maka oleh Astro Malaysia sahaja dibenarkan untuk menyiar dan memuat naik video tersebut di Youtube, Seandainya ada individu lainnya mengedit, menerbitkan dan mengulas akan video tersebut akan dikenakan tindakan oleh Youtube seperti ini :

“A copyright owner using Content ID claimed some material in your video.

This is not a copyright strike. This claim does not affect your account status.

There are either ads running on your video, with the revenue going to the copyright owner, or the copyright owner is receiving stats about your video’s views.

Video title: Pemandu Mabuk Rempuh Orang Awam Di Bazar Ramadan Bukit Sentosa

Claimed by: ASTRO Malaysia”

Dalam kes tuntutan salah ini (false claim) ini, pemilik asal mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut sejumlah pampasan dari penerbitan komersial seperti Astro Malaysia ini yang bukan sahaja mendapat keuntungan material tetapi keuntungan jenama seolah-olah mereka memiliki kandungan tersebut.

Astro Malaysia mendapat imbuhan (dalam USD) daripada hasil pengiklanan Youtube yang dimuat naik daripada akaun Yotube ini. Sedangkan video ini bukanlah miliknya.

Pemilik asal boleh menfailkan tuntutan mahkamah sehingga jutaan Ringgit kerana pencurian hakcipta, usaha dan nama baik ini tanpa perlu melalui tuntutan menerusi Facebook contohnya video ini.

Pemilik asal video  : https://www.facebook.com/UjangJBggggg/videos/3092971050761801/

Banyak bahan-bahan asli terbitan pengguna bebas kini sewenang-wenangnya diambil kesempatan oleh Astro Malaysia dalam tuntutan salah ini. Anda sebagai pemilik asal, wajar menuntut hak anda yang dicuri didepan mata oleh Astro Malaysia ini.

Di medium sosial media lain seperti Facebook, Instagram (yang agak tinggi penggunanya di Malaysia) Seandainya ada akaun sosial media yang lain memuat naik video yang sama, tindakan akan dikenakan kepada pemilik akuan tersebut oleh robot “auto detect” antara dikenakan tindakan melanggar hakcipta mungkin perkara yang sama seperti diatas.

Astro Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019 telah mencatat keuntungan sebanyak RM462.92 juta manakala sebanyak  RM770.64 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2018.

Kini Astro Malaysia mengaut keuntungan mudah didalam sosial media dengan menuntut sewenang wenangnya hakcipta bahan yang bukan asalnya milik mereka. Rata rata netizen tidak penah mengistiharkan hakcipta video/bahan yang dimuat naik dilaman sosial.

Astro Malaysia sewajarnya memberikan sekurang-kurangnya kredit kepada pemilik asal kandungan ini – bukannya membuat tuntutan salah dengan niat jahat dengan mengakui pemilikan bahan tersebut.

Kami percaya, bahawa kandungan asli anda juga diterbitakan ke media arus perdana seperti TV tanpa kebenaran dan imbuhan pemilik asal dan penerbitan ini mempunyai nilai yang sepatutnya dimiliki oleh pemilik asal – sekurang-kurangnya sebaris kredit.

Juga pernah terjadi pemilik asal mengulang-terbit kandungan asli miliknya di media sosial seperti Facebook dan Youtube, pemilik asal juga boleh dikenakan tuntutan hakmilik oleh Astro Malaysia. Contoh kes kes yang dilaporkan kepada admin dalam group komuniti.

ASTRO MALAYSIA mengakui itu video aslinya

Pemilik video melaporkan kepada Youtube yang mana ASTRO Malaysia membuat tuntutan salah/tipu.

Malahan acapkali juga diketahui bahawa kandungan asli yang diterbitkan oleh Parlimen Malaysia (RTM) dalam media sosial juga dituntut oleh Astro Malaysia malahan kandungan asli yang “ditangkap” sendiri oleh penerbit asal dalam acara seperti Perhimpunan Agung UMNO juga pernah dituntut oleh Astro Malaysia. Tidak terkecuali ketika Pandemik Covid-19 setiap hari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sidang media turut dituntut video yang dimuat naik di laman rasmi KKM juga dituntut hakcipta oleh Astro Malaysia.

Video milik awam (KKM) juga dituntut hakcipta oleh Astro Malaysia

Video amatur ini dimuat naik oleh admin Facebook Mahathir Mohamad (Live) turut tidak terlepas dituntut hakcipta oleh pihak Astro Malaysia

Semoga pendedahan ini membuka mata masyarakat bagaimana Astro Malaysia menuntut sesuatu yang jelas bukan milik mereka seolah olah berkuasa sewenang wenangnya membuat tuntutan palsu terhadap bahan milik orang lain.

Kini sudah sampai masanya untuk netizen mengetahui hak mereka dan anda boleh mula mengambil tindakan mahkamah terhadap Astro Malaysia kerana mencuri karya anda, mencuri pemilikan hakcipta malahan mendapat keuntungan dari penerbitan karya anda tanpa mereka mengeluarkan sesen pun bagi membayar usaha dan kreativiti anda.