Awang Hadi Bongok


HADI AWANG HINA GURU SEKOLAH RENDAH..DIA HANYA TAHU ABC… 


Tersepit tahap maksima nampaknya Hj Hadi bila beliau di asak oleh seluruh alim ulama dan cendikiawan dan ilmuan agama negara ini. Amanat sesat beliau yang 20 tahun dahulu masih segar dalam ingatan semua ummat Islam di Malaysia. Beliau amat tertekan ditambah pula beliau dah mula dengar bahawa akar umbi parti Pas mula persoalkan “performance” beliau sejak jadi Presiden parti. Ahli parti mula buat perbandingan dengan Presiden yang terdahulu.


Amanah yang diberikan pada beliau semasa memimpin Kerajaan Pas Terengganu hanya bertahan sepenggal dan akhirnya tersungkur, itulah kayu pengukur tahap pentadbiran beliau dan ahli pas mula nampak beliau tak mampu memimpin waima Kerajaan Negeri sekalipun. Ahli Pas hanya berlakun semasa mencanang nama beliau sebagai PM, kononnya beliaulah yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kiranya pakatan haram menang.


Akhirnya bila tidak mampu bertahan dengan asakan tentang amanat sesat beliau, Hj Hadi mula tunjukkan latah yang menghina CIKGU. 

Cikgu atau guru-guru sekolah yang berkorban demi memastikan setiap ibubapa yang menghantar anak kepada mereka dapat Ilmu yang bermenafaat. Dapat jadi manusia berguna dan dapat menjadi manusia yang berilmu. Hj Hadi hanya nampak Cikgu hanya sekadar mengajar murid membaca ABC sahaja.

Kenyataan beliau seolah-olah Hj Hadi tidak pernah masuk alam persekolahan bermula dari darjah 1 ketika zaman beliau. Apakah beliau terus masuk pondok atau terus ke Mesir untuk pulang sebagai ulama songsang ?

Hj Hadi dilihat tidak mampu untuk bertenang setelah diasak oleh bekas orang kuat Pas sendiri, Cikgu Non yang juga penulis buku KAFIRKAH AKU dan yang membongkarkan isu duit Tabung Memali. Cikgu Non juga dikhabarkan mengajak Hj Hadi berdebat isu Amanat Sesat itu.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*