Awas Perangkap Pengganas!!!

Sebelum ampa semua kata apa-apa adalah lebih baik baca dulu apa yang MMI nak tulis.Seperti semua sedia maklum insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah sudah pun hampir sebulan lamanya.Bermula dengan berita kemasukan pendatang asing lengkap bersenjata sehinggalah ianya menjadi medan peperangan diantara pengganas dengan pasukan keselamatan negara.

Hampir pasti semua yang membaca tidak pernah menjangka situasi di Lahad Datu akan sampai ke tahap ini.Malah situasi dan gambar anggota keselamatan yang gugur,jet tentera berterbangan di udara melepaskan pelurunya bukanlah situasi yang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.
Begitu jugalah dengan gambar-gambar mayat-mayat pengganas yang dtembak mati oleh anggota keselamatan negara selalunya semua itu hanya dapat dilihat di kaca tv dan ianya berlaku di negara-negara lain bukannya Malaysia.
Apa pun yang berlaku , ianya sudah menjadi catatan sejarah buat Malaysia , cumanya sebagai rakyat MMI bersyukur kerana sejak semalam tiada lagi kedengaran anggota keselamatan kita menjadi mangsa penceroboh.
Namun ada sesuatu yang bermain di fikiran MMI , kemana menghilangnya penceroboh-penceroboh lainnya ? Jika mengikut daripada laporan awal dianggarkan hampir 200 orang telah menceroboh ke Lahad Datu melalui jalan laut.
Setelah pihak tentera Malaysia diminta untuk masuk dan membantu pasukan polis dalam menangani konflik ini satu operasi dinamakan Ops Daulat dijalankan , nampaknya ia berjaya tetapi kemana menghilangnya penceroboh-penceroboh tersebut selain dari gambar 9 mayat penceroboh yang ditemui.
Adakah mereka sudah hancur dek penangan bom-bom yang digugurkan ? Apakah mereka sudah terkorban dan ianya tidak dihebohkan oleh pihak keselamatan negara ? Atau sebahagiannya melarikan diri ?
Logik akal MMI menyatakan ini satu perangkap kerana mereka ini tiba-tiba hilang !! 
Melalui berita yang dilaporkan jelas menunjukkan ada diantara penceroboh-penceroboh ini tidak lagi berpakaian tentera sebaliknya seperti orang awam.
Maka MMI mahu berpesan kepada para wira negara yang kini di perbatasan berhati-hatilah dengan suasana di sana sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Begitulah juga dengan penceroboh ni , mereka barangkali sudah bertukar menjadi rakyat Malaysia dan sudah tentu ianya rumit dan menyusahkan.
Gambar sekadar hiasan
Hati-hatilah dengan sebarang perangkap yang mungkin disusun oleh penceroboh-penceroboh ini bagi mengaburi mata anggota keselamatan kita.
MMI amat khuatir sekali kerana di belakang penceroboh ini berdirinya mereka yang bijak melakonkan watak masing-masing. 
Kepada semua (anggota keselamatan) tahniah dan terima kasih kepada kalian kerana melindungi kami rakyat biasa warga Malaysia.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*