Monday, November 18, 2019

Awie Gelarkan Syed Saddiq “Menteri Sial”

PANAS! Otai artis rock tanah air Dato’ Ahmad Azhar bin Othman, DIMP atau lebih dikenali sebagai Awie memberikan gambaran Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sebagai “Cibai”  (Bermaksud SIAL) lantaran terlalu emosi dengan berita  salah satu kumpulan Kpop ‘terpanas’ dari Korea Selatan, Bangtan Boys – atau BTS – akan datang membuat persembahan Malaysia di sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Tindakan gopoh Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu memuaskan peminat K-Pop tanpa memikirkan nasib penggiat seni didalam negara ini. Berikut adalah coretan yang dipetik dilaman sesawang peribadi Awie Pamalo yang bebunyi :

Ini lah satu menteri yg nak jahanamkan artis2 tempatan agaknya … Punai betullah ! Panggilah artis luar semua biar artis kita semua padam , bungkus dan melingkup !!! Kata ekonomi teruk lagi nak panggil sampah masuk dlm negara ni utk apa ???

Kan bagus waktu sekarang ni bantu artis tanahair yg banyak membantu negara dari sudut hiburan dan juga menjadi penarik kepada pengundi dtg menyokong korang semua yg jadi menteri sekarang ?? Tunjukkanlah sikit rasa cinta pada bangsa dan budaya kita …

Bukan tak de artis yg bagus2 dlm malaya ni… Asyik nak banggakan org luar saja… Beruk dihutan disusukan , anak dirumah mati kelaparan…

Aku rasa dah sampai masanya kita semua sepakat boikot menteri2 kalut ni.. Puluhan tahun aku jd penghibur , tahun ni aku rasa paling teruk dlm sejarah hidup… Ramai yg mengadu kewangan problem… Kerajaan pun ckp ekonomi problem tapi menteri lolypop ni nak buang duit bagi kat artis luar … Kan cibai namanya tu !!! Korang semua pikirlah baik2 level menteri ini… Terima kasih menteri kbs … Majulah sukan utk negara pasola !”

Dato’ Ahmad Azhar (Awie)

Sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan dengan konsistennya mengatakan kantung kewangan negara dalam keadaan tenat dan tidak cukup wang untuk menampung perbelanjaan negara sehinggakan ada diantara aset aset dibawah FELDA, KHAZANAH, TABUNG HAJI Dan GLC dijual dengan alasan membayar hutang negara yang ditakrifkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kononnya berjumlah RM1 trilion.

Siapa tidak kecewa dan panas hati dengan tindak tanduk para menteri Kerajaan Pakatan harapan yang membuat ‘stunt bodoh’ sebegini demi memuaskan hati peminat K-Pop semata mata untuk dilihat lebih mendekati golongan belia sedangkan pernambahan golongan menganggur dikalangan belia (termasuk artis) kini tidak diuruskan dengan baik oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini watak kartun animasi terkenal DORAEMON menjadi pilihan untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 dikritik teruk oleh pengiat animasi tempatan dan netizen.

Sedangkan animasi ‘Made In Malaysia’ seperti Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboiboy, Usop Sontorian, Keluang Man dan banyak lagi boleh mengambil tempat tersebut.