Azhar Idrus Ditemuramah TV3 [Video]

http://www.youtube.com/watch?v=xxzgCHVf-9A

Beberapa analisa dari senario fenomena kebanjiran anak muda menghayati Islam hari ini : 
  • Politik keterlaluan setengah pihak melibatkan ayat al quran yang diubah mengikut selera politik telah menyebabkan anak muda beralih ke arah ustaz yang jujur menyampaikan masalah agama.
  • Fenomena ini ditambah lagi dengan peningkatan kehadiran ulama Habib Habib keturuna Nabi Muhammad saw yang juga tidak mencampur adukkan politik di dalam kuliah agama mereka seperti Habib Ali Zainal Abidin.
  • Kesungguhan media massa seperti TV Al Hijrah yang dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membawa sebaran agama oleh Ulama terkemuka juga mendorong peningkatan kesedaran ini. Selain TV 9 dan Radio IKIM yang kini di bawah mantan Perdana Menteri YA Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi.
  • Dengan kepesatan media sosial, ia juga menambahkan lagi peningkatan minat anak muda terhadap agama berbanding ceramah politik yang jelas dipenuhi fitnah, maki hamun dan pembohongan yang mencemar maruah pemimpin. 

Lihat Buletin Utama TV3 melaporkan kehadiran pendengar program dihadiri Ustaz Azhar Idrus dan Bazlin Bollywood di Pahang Darul Makmur yang mencecah ratusan ribu orang. 

Semoga ulama yang ikhlas ini akan semakin diperkenalkan kepada umat untuk memastikan mereka tidak terus tersesat..

Videonya : 

Video penuh :


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*