Azizulhasni merobohkan satu kekangan psikologi atlit Malaysia

Mohd. Azizulhasni Awang

Beberapa hari sahaja lagi, tahun 2012 akan melabuhkan tirainya.Bagi arena sukan berbasikal negara, 2012 meninggalkan banyak kenangan. Namun, tahun 2012 menjadi bukti bahawa saiz memainkan peranan untuk bergelar juara dunia hanyalah satu mitos semata-mata.


Hakikat itu dibuktikan oleh pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Ogos lalu.
Hakikatnya, pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman itu sudah beberapa kali membuktikan betapa saiz bukan satu alasan untuk mengecap kejayaan.
Di London, Azizulhasni tampil dengan beban menggunung kerana menggalas amanat hampir 28 juta rakyat Malaysia yang mahukan dia muncul pelumba basikal pertama mengucup medal Sukan Olimpik.
Sekalipun gagal menepati sasaran yang ditetapkan, Azizulhasni melakar sejarah unik apabila muncul pelumba Asia terbaik menerusi acara keirin pada temasya Olimpik 2012.
Kejayaan meraih tempat kelapan menerusi acara keirin tetap dianggap sangat membanggakan sekalipun dia gagal melangkah ke pusingan akhir.
Sesungguhnya, Azizulhasni dan Sukan Olimpik 2012 telah merobohkan satu kekangan psikologi yang selama ini mungkin menghantui ramai pelumba Malaysia.
Ramai yang beranggapan mungkin sukar untuk mendominasi dunia kerana rata-rata pelumba negara bersaiz kecil.
Jika mahu dibandingkan dengan jaguh dunia seperti Chris Hoy, barisan pelumba negara mungkin terpaksa mengaku kalah lebih awal sebelum bertarung lagi.[ CERITA PENUH]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*