Monday, October 21, 2019

Azmin Ali Sila Bercuti – Abdullah Sani

Azmin sepatutnya meletakkan dirinya sebagai "orang yang disiasat" agar tidak mengganggu perjalanan siasatan kes berkenaan.

Azmin perlu letak jawatan jika video intim sahih, kata Anwar

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berpandangan bahawa bercuti merupakan “jalan terbaik” buat Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan skandal video seks sejenis.

Kata anggota parlimen Kapar itu, Azmin sepatutnya meletakkan dirinya sebagai “orang yang disiasat” agar tidak mengganggu perjalanan siasatan kes berkenaan.

“Kalau diberitahu kepada saya, ini (bercuti) salah satu jalan terbaik, walaupun presiden PKR (Anwar Ibrahim) mengatakan dia patut teruskan.

“Pada saya ia lebih sempurna bahawa dia perlu ambil dirinya sebagai orang disiasat,” katanya kepada pemberita di parlimen.
Iklan

Abdullah Sani berkata demikian mengulas gesaan Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin semalam agar pemimpin politik yang dikaitkan dengan salah laku agar bercuti sementara dan “tidak berselindung di sebalik jawatan tinggi…apatah lagi di belakang perdana menteri”.

Meskipun tidak menyebut secara langsung, kenyataaan Shamsul itu dipercayai merujuk kepada Azmin yang dikaitkan dengan video seks sejenis bersama bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Azmin bagaimanapun menyifatkan gesaan Shamsul sebagai tindakan “munafik” sementara Naib Presiden PKR Zuraidak Kamaruddin membidas gesaan seumpamanya.

Zuraida turut menggesa semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan demi kepentingan “agenda sendiri” berhubung klip videos seks itu.

Terdahulu, diminta mengulas persoalan sama, Anwar berpandangan bahawa Azmin cuma perlu meletakkan jawatan daripada kabinet jika terbukti terlibat dalam video seks yang kini dalam siasatan polis.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita, Abdullah Sani menafikan tanggapan yang mengatakan banyak pemimpin PKR menjauhkan diri daripada Azmin di tengah-tengah skandal tersebut.

“Itu pandangan yang silap. Saya pun baik dengan dia, cuma benda yang tak betul saya serang,” katanya lanjut.

Azmin dikaitkan skandal seks sejenis dengan Haziq setelah beberapa rakaman video seks yang didakwa mirip wajahnya tersebar sejak sebulan lalu.

Haziq mengaku merupakan individu dalam video tersebut manakala Azmin menafikan dirinya terlibat dan mendakwa ia adalah komplot untuk memusnahkan karier politiknya.

 

sumber