Barisan Nasional Rumah Mampu Milik

PR Rumah Mampu Tengok jek….

Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) | Skim Rumah Pertama (SRP) menawarkan pinjaman 100% kepada pembelinya yang layak. Jangan risau kerana 25 buah institusi kewangan / bank sudah bersetuju untuk memberi kemudahan kewangan berkenaan. Takkan anda masih ragu-ragu lagi untuk memiliki kediaman idaman?

Siapa yang layak dan bagaimana cara hendak memohon?

Skim Rumah Pertama (SRP) ditawarkan kepada pembeli yang berusia dibawah 35 tahun, dan masih tidak memiliki aset berbentuk rumah. Maka mereka ini layak untuk memohon pinjaman perumahan daripada 25 bank dan institusi kewangan berkenaan 100% (tanpa deposit 10% – dahulu) dan pinjaman berkenaan adalah selama 30 tahun. Jumlah maksimum pinjaman adalah sebanyak RM220,000.

Jom Tengok Syarat Lain

  • Rakyat / Warganegara Malaysia
  • Berumur 35 tahun ke bawah
  • Pendapatan bulanan kurang RM5000 (baru dikuat kuasakan)
  • Harga rumah yang ingin dibeli di antara RM100,000 – RM 220,000
  • Tidak pernah memiliki/membeli rumah/hartanah sebelum ini
Senarai bank dan Institusi kewangan yang menawarkan pinjaman untuk Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni adalah seperti berikut:
  • Affin Bank Bhd
  • Affin Islamic Bank Bhd
  • Alliance Bank Malaysia Bhd
  • Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd
  • AmBank Bhd
  • AmIslamic Bank Bhd
  • Bank Islam Malaysia Bhd
  • Bank Muamalat Malaysia Bhd
  • CIMB Bank Bhd
  • CIMB Islamic Bank Bhd
  • EON Bank Bhd
  • EONCAP Islamic Bank Bhd
  • Hong Leong Bank Bhd
  • Hong Leong Islamic Bank Bhd
  • Maybank Bhd
  • Maybank Islamic Bank Bhd
  • OCBC Bank Malaysia Bhd
  • OCBC Al Amin Bhd
  • Public Bank Bhd
  • Public Islamic Bank Bhd
  • RHB Bank Bhd
  • RHB Islamic Bank Bhd
  • United Overseas Bank Malaysia Bhd
  • Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
  • Standard Chartered Saadiq Bhd
  • Cagamas Bhd (CSC Department)
Soalan Lazim Skim Rumah Pertamaku (SRP)

1. Apakah Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah. 

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.


2. Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan dibawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?

Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.


3. Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?

Tidak. Kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang terlibat digunapakai dan para peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk mendapatkan jaminan daripada Cagamas SRP Berhad.

Untuk keterangan lanjut, lawati –> http://www.srp.com.my/


*Pemilikkan ini tidak membabitkan penyokong BN atau Pakatan Bodoh!
Anda layak sila mohon,kepada pembangkang tu pegi mohon kat Lim Guang Eng tu…

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*