Bawani Budak Bodoh?

ISU kalimah listen, listen, listen ini sebenarnya dah reda sekarang, tapi penulis bangkitkan semula sebab nak tunjuk kegemaran pembangkang ini yang kita sedar tak sedar suka menggunakan orang kurang cerdik sebagai ikon perjuangan mereka.
Sebelum itu, kita perlu faham, perkara ini (perbalahan antara moderator & student) tidak ada kaitan politik langsung.

Moderator terlibat, Sharifah Zohra Jabeen pun bukan tenaga pengajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), lokasi insiden tersebut berlaku.  Tapi sebab topik yang disanggah Sharifah Zohra ini topik yang dijuarai Pakatan Rakyat (Bersih & Free Education), 

maka mereka nampak peluang untuk mensensasikannya ke tahap tertinggi di Internet.

Sehingga kita terlupa, budak Bawani ini umurnya sudah 28 tahun, tapi masih undergraduate student di UUM.  Si bodoh manakah yang umur dah 28 tahun masih tak habis first degree lagi, walaupun dalam bidang undang-undang?
Berapa kali repeat paper?

Kalau Sharifah Zohra sanggah dia pun, itu memang patut, sebab budak ini tak berapa nak cerdik.  Dahlah tak cerdik, sokong pembangkang pulak lagi.  Lagipun, video dengan durasi 24 minit yang menjadi viral itu, rupanya hanya sebahagian dari 4 siri video.  Macam biasalah, yang suka tengok sekerat lepas tu ulas penuh ni, hanya penyokong Pakatan haram sahaja.

Dalam masa yang sama, penulis terfikir juga, ini bukan kali Pakatan ini sokong orang bodoh.  Anwar Ibrahim itu masuk kategori bodoh juga.  Ada General Degree dari Universiti Malaya (takdak kepujian pun), tapi nak diangkatnya jadi Perdana Menteri.  Dahlah Anwar ni bodoh, peliwat pula lagi.

Adam Adli pun begitu juga.  Budak tak habis belajar ini yang diaraknya jadi pemimpin pelajar.  Apa kerja yang dibuatnya?  Turunkan bendera dengan muka Najib di PWTC sebelum menaikkan semula setelah disergah seorang lelaki tegap, itupun Pakatan angkat jadi hero.

Mat Sabu pun sama.  Belajar di ITM tak habis, tapi tetap jadi pemimpin besar dalam Pakatan.  Kalimah Allah ini sahaja 3 kali Mat Sabu tukar lidah, kejap sokong, kejap tak sokong.  HKR dimana dia adalah Pengerusinya yang patut himpun 1 juta orang, dapat kurang 5% dari sasaran atau 45,000 orang.  Memanglah, orang bodoh kau suruh buat kerja mengira, itulah jadinya.

Walhal duit peruntukkan untuk kumpul satu juta orang habis, orangnya tak cukup juga.
Ada ramai lagilah, termasuk Mahfuz Omar yang khabarnya cemburu gila bila Perdana Menteri dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Humane Letters oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Universiti Ohio, David Bright Bill di Shah Alam minggu lepas.

Mahfuz kecewa kenapa orang yang gagal Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sepertinya tidak mendapat pengiktirafan yang sama, seolah-olah wujud diskriminasi terhadap kumpulan orang kurang pandai di negara ini.

Semua inilah insiden atau kejadian yang patut jadi pengajaran untuk rakyat Malaysia perhatikan, dari segi cara puak-puak ini merosakkan pemikiran rakyat dengan mengaitkan benda-benda remeh temeh dengan kerajaan.

Hanya sebab Bawani ini bawa isu pro  Pakatan dan disanggah orang yang pro kerajaan, maka dia diangkat macam tuhan, yang menyanggah, dilayan macam syaitan.
Kalau itulah takrifannya keadilan, penulis tak tahulah dunia jenis apa yang kita sedang duduk sekarang. – MyKMU.Net
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*