Bekas Raja Permaisuri Agong mangkat

Pada hari ini, negara Malaysia dikejutkan dengan berita bekas Raja Pemaisuri Agong, Tunku Zanariah Tengku Ahmad mangkat pada usia 78 tahun.

Tunku Zanariah Tengku Ahmad merupakan bonda tiri kepada Sultan Johor iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan isteri kedua Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Bekas Sultanah Johor itu pernah menjadi Raja Permaisuri Agong pada tahun 1984 sehingga 1989 dan diganti oleh Tuanku Bainun binti Mohamad Ali.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyiarkan berita kematian bonda tirinya di laman rasmi Facebook miliknya pada 8.37 pagi tadi.