Berapa Ramai Lagi Mangsa Fitnah?!

Bayangkan bertapa keji dan hinannya manusia yang cuba memburukan sesuatu usaha murni sebuah kerajaan prihatin cuba meringankan beban rakyat??Sehingga ada dari mulut seorang yang bergelar tok gundu pun sanggup mengkiaskan rakyat miskin sebagai ayam, Nyatakanlah wahai tok gundu apa yang kau beri kepada rakyat selain dari kata-kata mulut celupar yang berselindung perwatakan warak..Akhir-akhir ini keceluparan mereka-mereka yang kononya perjuang islam berperilaku seperti orang gila. Amanat Hadi yang membuatkan ramai fanatik dan obses sehingga menyerahkan nyawa mati katak dan pusara berasingan?!
Baru baru ini belaku fitnah kepada UMNO kononnya penerima BR1M dikelantan perlu sumpah baiah???

UMNO Kelantan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak supaya memaksa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) mengangkat sumpah baiah untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata UMNO tidak menggunakan BR1M2 sebagai ‘umpan’ memancing undi apatah lagi memaksa penerimanya bersumpah baiah.
“Tuduhan itu sengaja direka pihak tertentu bagi memburuk-burukkan UMNO,” katanya selepas menyampaikan BRIM 2.0 kepada 700 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga di sini hari ini.
Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan PAS menerusi Facebook antaranya mendakwa terdapat pemimpin UMNO dalam DUN Tawang meminta penerima BRIM 2.0 bersumpah kufur jika tidak mengundi calon BN sebelum dikeluarkan surat kebenaran menerima bantuan tersebut.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kelulusan sama ada rakyat layak atau tidak menerima bantuan itu dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukannya Umno.
Katanya, bentuk bantuan itu adalah terbaik kerana ia disampaikan secara menyeluruh dan telus kepada setiap rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
“Tuduhan itu mungkin datangnya dari mereka yang sakit hati, gimik politik dan sebagai alasan untuk mencari isu untuk mendapatkan simpati rakyat tanpa bukti,” katanya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*