Berapa Sen Harga Minyak PR Berani Sebut?!

Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar pakatan pembangkang untuk mengumumkan nilai harga minyak yang akan diturunkan jika berjaya mentadbir negara.

Beliau berkata dalam manifesto pembangkang, mereka hanya menyebut akan menurunkan harga minyak namun tidak pernah menyebut jumlah yang akan diturunkan.

Petrol Pump mana ada RON92 di Malaysia ini?!Setahu aku last tahun 2008!! Ura-ura nak mengencing rakyat..Janji turunkan minyak yang tak ada dalam Malaysia????!!
“Dalam manifesto pembangkang dia kata kalau pakatan menang, dia hendak turunkan harga minyak tapi kita hendak tahu berapa harga minyak yang hendak diturunkan.


“Adakah dia ada umumkan? berapa? Ini menunjukan mereka terus hendak menipu rakyat kerana dia tidak bagi tahu berapa nilai penurunanya. Sama ada percuma atau pun hendak bagi turun 50 sen,” katanya pada majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama rakyat di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata pakatan pembangkang perlu menyatakan jumlah yang akan diturunkan bagi membolehkan pengiraan dibuat untuk melihat kos yang perlu ditanggung kerajaan.

“Kalau betul pakatan pembangkang hendak turunkan harga minyak untuk 28 juta penduduk Malaysia, berapa sen dia hendak turunkan dan kementerian boleh tolong kira berapa yang mereka akan belanja, sebab kita ada pengalaman mengenai perkara ini,” katanya.
Katanya kerajaan telah memberi subsidi minyak kepada nelayan di mana mereka boleh membeli bahan itu untuk tujuan operasi menangkap ikan pada kadar RM1.25 berbanding harga industri sebanyak RM1.85 iaitu dengan subsidi sebanyak 60 sen.
“Bagi tujuan tersebut kerajaan telah membelanjakan RM600 juta setahun bagi memberi kemudahan kepada 60,000 nelayan di seluruh negara.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*