Berita Gembira Kepada Manusia Yang Kudung?! [video]

Babak dalam video pendek ini mengingatkan aku pada filem The Terminator lakonan Arnold Schwarzenegger yang dibikinkan pada tahun 1984.


Lengan robotik ini biasanya kita lihat didalam filem sahaja dan masih dalam proses RnD kononnya. Sedangkan lengan robotik telah bertahun lamanya digunakan dalam industri elektronik dan kini dialikasikan kepada manusia. Tujuannya?

Berapa kos yang perlu untuk satu lengan begini di Malaysia?

Tidak dinafikan filem-filem barat adalah medium untuk membantu manusia seluruh dunia menerima teknologi akan datang. Jika manusia belum sedia dengan teknologi dan gagal dalam mengawal tindak-tanduk mereka. orang-orang yang bertanggungjawab mencipta teknologi yang dikelaskan futuristik bakal mengalami kecam besar kepada penduduk dunia.

Ada baik ada buruknya pengaruh media television/movie barat tetapi kita mesti menilainya dengan baik dan sentiasa berhati-hati dengan dakyah yahudi nasrani. Alasannya? Aku pernah tengok cerita The Matrix…Sebabnya???Korang nilai sendiri apa yang cuba disampaikan oleh Filem tersebut. 


Jujurnya aku suka lengan ini. Kalau lah boleh aku nak sepasang lagi tangan hehehe..maklum la manusia mana pernah cukup dengan apa yang ada. Tapi lengan original lebih hebat. Syukur alhamdulillah.

Dunia tidak berubah tetapi manusia yang membuat kerenah!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*