Bersih 3.0 : 9 Dalang Mengadap Pada 15 Julai 2013

Tarikh perbicaraan kes saman Kerajaan Pusat terhadap Pengerusi Bersih 2.0 S. Ambiga dengan 14 yang lain berhubung perhimpunan Bersih 3.0 ditetapkan pada 15 hingga 18 Julai ini.
Hakim Datuk John Louis O’hara memberi kenyataan kepada pemberita selepas bertemu plaintif (kerajaan pusat) dan tertuduh di dalam kamar selepas meneliti sejumlah dokumen dan bilangan saksi yang akan memberi keterangan mengenai kes tersebut.
Menurut satu kenyataan fail mahkamah, RM 122 000 dituntut kerajaan bagi membayar ganti rugi kerosakan kenderaan polis, kos-kos lain, faedah dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan menyebut bahawa perhimpunan itu menjadi tidak terkawal apabila para peserta merempuh halangan polis.  Kerajaan memfailkan saman kepada 10 defendan pada Mei lalu iaitu Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, K. Arumugam, S. Arul Prakash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh kin Woon, Andrew Khoo dan Haris Fathilah Mohamed
Walaubagaimanapun, Haris Fathilah Mohamed digugurkan dari pertuduhan dengan alasan bukan anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0. – KLPOS

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*