Bible Bukan Injil Kitab Allah

Jika ada tersilap, maafkan teman. Sila tegur dan perbetul. Debat secara ILMIAH, bukan NAFSU dan EMOSI. Hanya sekadar mencari kebenaran.


Nabi Allah Daud (David) telah diberi Allah Swt Kitab ZABUR. Nabi Allah Musa (Moses) telah diberi Allah Swt TAURAT. Nabi Allah Isa (Jesus) telah diberi Allah Swt INJIL. Junjungan besar Nabi Muhammad Saw telah diberikan Allah Swt AL-QURAN. 

Zabur, Taurat dan Injil HANYA untuk kaum Daud, Musa dan Isa. Dan tidak TERGUNAPAKAI untuk manusia lain SETELAH diturunkan AL-QURANul QARIM. Bahasa didalam ketiga-tiga Kitab tersebut, Zabur, Taurat dan Injil BUKAN didalam Bahasa Arab. Dan didalam kitab-kitab tersebut Tuhan disebut YEHEWAH atau ELOHI dari bahasa Hebrew dan Ibrrani (sila perbetulkan sekiranya tersalah ejaan dan sebutan). Kaum-kaum tersebut iaitu kaum Daud, Musa dan Isa mereka ini ialah AHLUL KITAB. Kerana ada diantara mereka beriman dengan kitab-kitab tersebut dan mengakui keNABIan Daud, Musa dan Isa. Firaun misalnya TIDAK MENGAKUI keNABIan Musa dan TIDAK BERIMAN kepada kitab Taurat sedangkan Firaun adalah dari kaum Nabi Musa AS. Setelah kedatangan Nabi Muhammad Saw dan AL-QURAN di dalam Bahasa Arab MAKA Tuhan itu di sebut ALLAH SWT. 


Isu penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian di Malaysia hari ini didalam Bible mereka adalah semata-mata untuk tujuan Dakwah dan Dakyah Kristian bahawa Allah itu Tuhan Bapa dan Jesus itu adalah anak Allah. Sedangkan kita semua mengetahui bahawa ALLAH ITU TIDAK BERANAK dan TIDAK DIBERANAKKAN. Bible hari ini adalah yang PALSU. Bible New Testament atau Perjanjian Baru yang telah DIUBAHSUAI oleh seorang Pendita YAHUDI bernama SAUL atau St.PAUL berkonsepkan TRINITY iaitu TUHAN BAPA, TUHAN ANAK dan ROH KUDUS (Holy Spirit). Jadi…Kristian hari ini BUKAN AHLUL KITAB dan jelas sekali mereka TIDAK BERIMAN kepada Nabi Muhammad SAW dan AL-QURAN dan mereka MENOLAK SYAHADAH iaitu salah satu dari Rukun Islam. 


Kesimpulannya…layakkah Kristian Malaysia menggunakan kalimah Allah didalam Bible New Testamant mereka? Adakah mereka yang bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah didalam Bible berbahasa Melayu mengakui bahawa Allah itu Tuhan Bapa dan Isa itu anak Allah? Nau’zubillahiminzaliq!! 

Wallahua’llam..- Ina Muzaffar

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*