Bila Bubar DUN Lewat Banyak Risiko?!

Haprakah ada keluar berita yang Kelantan bubar Dun ikut proses biasa, tak nak ikut Selangor yang nak bubar awal.

Antara alasan yang diberi Menteri Besar Kelantan aka Pok Nik ialah, “Pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain. Andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya.”
Sebenarnya masa PRU-9 pada 1995, Pok Nik pernah nak bubar lewat DUN Kelantan dengan alasan tak mahu ikut persekutuan, tapi telah diberi amaran oleh SPR bahawa kerajaan Kelantan perlu menanggung sendiri kos pilihanraya seandainya pilihanraya dibuat berasingan daripada Kerajaan Persekutuan; terus Pok Nik cancel hasrat nak bubar DUN lambat.
Lagipun Pok Nik risau juga jika segala jentera BN hanya fokus di Kelantan saja ketika itu, maka kemungkinan Pas tewas adalah besar. Jadi Pok Nik memang belajar daripada sejarah.
Tak macam Selangor yang nak bubar DUN awal sebab Selangor negeri kaya, boleh tanggung kos pilihanraya…ataupun SPR tak maklum kepada kerajaan Selangor akan akibat bubar DUN awal sebagaimana yang pernah mereka beri amaran pada Kelantan pada 1995 dulu. Agaknya kerajaan Selangor memang tak tahu yang mereka kena tanggung sendiri kos pilihanraya jika dibubar sebelum Kerajaan Persekutuan atau kerajaan Selangor terlebih konfiden boleh menang?
Tak kisahlah…sebenarnya den bukan nak ulas pasal DUN Kelantan atau Selangor yang nak bubar awal ke lambat. Den cuma tertarik tengok gambar Pok Nik yang dikeluarkan sekali bersama berita Haprakah tu.
Walaupun umur dah 81 tahun dan jadi wakil rakyat selama 46 tahun sejak 1967, serta pernah berjanji akan bersara selepas Tun M bersara (dah 10 tahun Tun M bersara tapi Pok Nik tetap munafik), wajah Pok Nik masih maintain cute. Macam mudo 20 tahun lak. Atau Pok Nik perasan yang dio masih mudo gak eh…
Posing cute. Ala tomey..tomey..! Hehehe…
PASIR PUTEH: Kelantan masih kekal dengan pendirian sebagaimana sebelum ini, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Kelantan akan mengikut proses biasa sebagaimana di negeri-negeri lain.
Beliau juga berkata, pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian usahasama projek pembinaan di Tok Bali yang melibatkan empat buah syarikat swasta, di Tok Aman Bali Resort, dekat sini semalam.
“Biarlah Selangor nak bubar awal pun, tetapi Kelantan tidak akan buat berasingan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya, andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya.- PANEH MIANG
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*