bila cina tolak cina


POLITIK PERANG SALIB DAP

Analisa berikut melihat pada pola undi popular PRU12.

Calon-calon MCA tewas 25 kerusi Parlimen di mana mereka kalah kepada 17 calon pembangkang Cina dan 8 calon Melayu/India. MCA kalah paling teruk di Seputeh, iaitu sebuah kawasan Cina pekat (89.7% pemilih Cina) di mana Teresa Kok telah menang dengan majoriti terbesar 36,492 undi. Parti itu kalah paling tipis di Wangsa Maju (majoriti 150) dan juga di Bakri (722), Kuantan (1,826) dan Bandar Tun Razak (2,515). Bakri terletak di kubu Johor MCA manakala calon-calon Melayu PKR Fuziah Salleh (Kuantan, 60% pemilih Melayu) dan Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak, 52.7% Melayu) hanya mampu mengatasi MCA dengan majoriti kecil.
(KLIK UNTUK BESARKAN)

Sebagai perbandingan, DAP dan PKR berjaya menumpaskan MCA di kawasan-kawasan Cina (lebih 50% pemilih Cina) dengan majoriti besar 10,000-30,000 undi. Akan tetapi calon Cina MCA kalah di kawasan Melayu kepada lawan Melayu dengan majoriti tipis. Dua orang calon India DAP, Karpal Singh dan M. Kula Segaran, mengalahkan MCA di kawasan majoriti Cina — masing-masing 74.3 peratus pemilih Cina di Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan 63.6 peratus Cina (Ipoh Barat). Dua orang calon India DAP yang lain juga mengalahkan MCA di kawasan penduduk majmuk (mixed seats): Charles Santiago di Klang (47.1% pemilih Cina), John Fernandez di Seremban (45.8% Cina). Sementara itu, calon Melayu PKR Zahrain Mohd Hashim – sekarang wakil bebas – mengalahkan MCA di Bayan Baru, Pulau Pinang (47.1% Cina). Kekalahan MCA menunjukkan bahawa pemilih Cina telah mengundi calon parti pembangkang yang bukan Cina. Makna ‘Cauvinis’


Perkataan ‘Cauvinis Cina’ membawa maksud seseorang itu akan senantiasa melebihkan kaumnya sendiri (yakni akan mengundi BN asalkan calon berbangsa Cina). PRU12 membuktikan ini satu tanggapan yang meleset. Sebaliknya kekalahan MCA di tangan 4 orang calon India DAP dan seorang calon Melayu PKR – kelima-limanya di kawasan Parlimen majoriti Cina – membayangkan tekad untuk menghapuskan BN adalah jauh lebih kuat daripada naluri untuk mengekalkan semangat perkauman. Semangat anti-BN sebenarnya sudah mencecah tahap teramat benci (berbanding dengan kebencian ini, cauvinisme Cina penyokong DAP sudah begitu luntur). Walaupun penyokong DAP kini tampak sanggup mengundi PAS, namun adakah pengikut PAS pula sanggup mengundi DAP? Sekiranya seorang calon Cina DAP diletakkan di kawasan 65-75 peratus majoriti Melayu (sepertimana Karpal dan Kula bertanding di kawasan 64-74 peratus Cina), adakah dia akan boleh menang atas sokongan Melayu PAS dan PKR? Dengan BN, perkara ini memang berlaku. Dalam PRU12, MCA menang tujuh kerusi di kawasan majoriti Melayu mengalahkan tujuh orang calon pembangkang Melayu



Ikatan setiakawan

Hubungan MCA-Umno adalah ikatan yang terjalin lebih setengah abad. Sepanjang tempoh ini, pemilih Cina memang tidak lepas daripada sifat keCinaan waima MCA itu tidak lain dan tidak bukan Malaysian ‘Chinese’ Association. Fiil keCinaan kaum minoriti ialah satu constant (istilah matematik). Sejak dari zaman pra-Merdeka dulu, politik orang Cina berciri keCinaan. Faktor keCinaan tidak menjadi batu penghalang kepada MCA bekerjasama dengan Umno ataupun untuk Cina bekerjasama dengan Melayu serta kaum-kaum lain. Yang menjadi variable (perubah) baru – dahulunya tidak ada – ialah peranan agama Kristian di persada politik negara. Yang memimpin DAP sekarang ialah kelompok evangelis. Sejak politik Kristianisasi berakar-umbi, ketegangan di antara kaum dan di antara agama meningkat.:
Ikut arah jam: Teresa, Tony, David, James, Nie Ching, Hannah


‘Kalu tak sebulu dengan ku, engko mestilah Melayu rasis’ – Guan Eng


Evangelis agresif

Sebelum PRU12, peranan gereja tidak menonjol sepertimana sekarang.
Seminar guru di Johor baru-baru ini mengesan adanya “ancaman Kristianisasi”. Tidak ada mana-mana jabatan agama atau pertubuhan Islam pernah memberi amaran bahawa umat Islam menghadapi ancaman dakwah Buddhisme. Politik Lim Guan Eng berpaksikan idea dan perbendaharaan kata politik dunia barat dan Christendom. Dewa-dewa retorik Guan Eng ialah Demokrasi, Kebebasan dan Keadilan.

Kalau penyokong pembangkang betul-betul ‘Cina chauvinis’ maka mereka akan berkiblatkan ibu pertiwi tanah besar Cina. The People’s Republic of China bukan sebuah negara demokratik. (Setiausaha agung DAP itu seorang kapitalis tegar.) Sebelum itu selama beribu-ribu tahun, China mengamalkan pemerintahan dinasti keluarga diraja. Sistem feudalisme tidak berciri demokratik. Demokrasi ialah pemikiran barat. ‘Demos kratos’ (kata dasar) berasal daripada bahasa Eropah, bukan bahasa Cina.


 Anglophile 

Guan Eng berpendidikan sekolah mubaligh La Salle dan bersekolah menengah Inggeris juga. Dia menyandang jawatan setiausaha agung DAP mulai bulan Mei 2004. Kenyataan-kenyataan akhbarnya sebagai ketua parti selalu dibuat dalam bahasa Inggeris. Sejak tahun 2008, kenyataan-kenyataan akhbar Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang juga ditulis dalam bahasa Inggeris dan baru kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Cina dan sekali-sekala dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia.
Sekiranya Guan Eng seorang Cina Cauvinis yang tulen, pasti dia akan mengagung-agungkan bahasa Cina. Ini tidak. Malah penguasaan bahasa Mandarin Guan Eng lebih kurang sama taraf penggunaan bahasa Melayunya (ramai yang berkata demikian setelah menonton perbahasannya dengan Dr Chua Soi Lek).

Hannah Yeoh juga tidak mampu bertutur Mandarin.
(Screenshot bawah, wawancaranya bersama ‘The Rocket’ pada 3 Nov 2010)


Hannah yang juga bergelar Ratu Twitter telah menghasilkan 8,700 tweet dalam bahasa Inggeris. Dia dan Guan Eng berkelulusan universiti Australia. Hannah masuk universiti di pulau Tasmania. Seorang Cina cauvinis akan memilih universiti Taiwan, Hong Kong atau China.
Pucuk pimpinan DAP masa kini sebenarnya Mat Salleh Celup dan Kristian. Pasti bukannya ‘Cina’ cauvinis! Bahkan Cina bukit dianggap mereka sebagai “low class”. Harap-harap orang Melayu akan sedar bahawa DAP bukan membawa adab Cina. Yang ghairah berdemo, membuat protes jalanan, duduk bantah dan candlelight vigil hanya meniru kaedah berpolitik orang putih.

thank dude…chinese good…malay great~
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.