Bila Giliran Hadi Awang?

Kepimpinan Pas diminta untuk tidak berkias-kias dan berterus terang dalam menyatakan pendirian menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang berkuasa, memandangkan perkara ini sudah menjadi rahsia umum di kalangan ahli dan penyokong parti tersebut di peringkat akar umbi.

Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada ahli-ahli Pas sendiri, boleh dikatakan rata-rata ahli dan penyokong akar umbi Pas tidak bersetuju apabila Anwar diletakkan sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Pembangkang.
“Bila saya berborak-borak dengan ahli atau penyokong Pas, ternyata daripada kata-kata mereka membayangkan hati kecil mereka tidak bersetuju jika Anwar menjadi calon PM sekiranya Pakatan berkuasa. Kebanyakkan ahli dan penyokong Pas, tidak suka kepada Anwar kerana dibelenggu pelbagai isu moral serta pendirian Islam yang terlalu liberal.
“Namun perkara ini tidak dapat diluahkan secara terbuka kerana mahu menjaga hubungan dan kepentingan politik bersama. Bagi saya, Pas sepatutnya berterus terang dan bukannya bermain teka teki seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Mereka juga usah malu-malu sebab kita juga tahu Pas juga idam jawatan Perdana Menteri,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Sikap kepimpinan Pas yang tidak berterus terang dan suka berkias ini kata beliau, sedikit sebanyak merupakan cerminan pendirian dan perjuangan Pas hari ini yang tidak jelas matlamatnya.
“Bagi saya, kalau tak suka cakaplah tak suka. Buat apa nak sorok-sorok. Ini soal pemerintahan negara. Bukan soal main-main. Jika kita tersalah pilih pemimpin untuk tadbir negara, maka rakyat juga akan menanggung musibahnya. Pas sepatutnya lebih tegas menyatakan pendirian. Bukan hanya berkias-kias seolah-olah takut untuk berterus terang,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut meminta rakyat membandingkan antara pentadbiran kerajaan BN di bawah teraju Datuk Seri Najib yang jelas hari ini memperlihatkan kejayaan di dalam program transformasi yang dilaksanakan sepanjang tempoh pemerintahannya.
“Dalam kerajaan BN hari ini tidak mendapat 2/3 majoriti, Datuk Seri Najib mampu untuk melaksanakan dasar transformasinya yang amat berjaya. Pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan kepada rakyat biarpun tidak sampai lima tahun pentadbirannya.
“Saya yakin, jika rakyat memberikan mandat 2/3 kepada kerajaan BN di bawah teraju Datuk Seri Najib pada PRU ke 13 ini, maka sudah pasti rakyat akan dapat melihat dasar transformasi beli.
* Hadi awang, isu amanat hadi sesat tak settel lagi…pandai deme alih isu walaupun benda ini melibatkan akidah umat Islam…OH..Pembangkang demi kuasa~!!!
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*