Binaan Menarik Yang Ditinggalkan

Dome Homes – Florida, Amerika Syarikat
Rumah-rumah kubah ini dibina di luar pantai Marco Island pada tahun 1980.  Awalnya dirancang sebagai rumah percutian, tapak ini dilanda taufan dan akhirnya mengalami kerosakan. Pihak berkuasa pantai telah menentukan bahawa tapak ini terlalu mahal untuk pulihkan dan ia ditinggalkan.

Villa – Lake Como, Itali
Penduduk tempatan memaklumkan bahawa vila ini dibina pada kira-kira tahun 1800-an, tetapi tidak ada rekod untuk menunjukkan kenyataan ini. Ada khabar angin yang mengatakan vila ini ditinggalkan kerana ada berlakunya kejadian pembunuhan didalam vila tersebut. Kini vila tersebut terabai dan amat sesuai dijadikan tapak pengambaran filem seram.

Berlin – Nevada, Amerika Syarikat
Lokasi Berlin ini di Nevada, bukan Jerman! – Dibina pada tahun 1897 di tengah-tengah kawasan perlombongan. Malangnya, industri ini tidak tidak bertahan lama dan ditinggalkan pada tahun 1911. Tiada siapa yang mahu tinggal disitu dan peninggalan  ini ia masih utuh hingga 100 tahun lagi.

Kolmanskop – Namibia
Sekilas pandang pertama, anda akan tertipu memikirkan ia adalah gambar yang dicat pada kanvas. Ini sebenarnya foto sebenar Bandar Kolmanskop. Bandar ini diasaskan pada tahun 1908, ia bermula selepas seorang lelaki menemukan berlian dalam tanah. Lalu ramai orang luar berbondong-bondong ke sini untuk memburu belian.

Apabila tiada berlian lagi, penduduk kampung mula kekurangan sumber pergi  dan meninggalkan bandar terbengkalai ini pada tahun 1954. Tidak ada siapa yang mahu melawatinya hingga hari ini.

Pripyat – Ukraine
Bandar ini telah diwujudkan dan dibuka pada 4 Februari 1970. Pripyat terletak berhampiran sempadan Belarus dan merupakan bandar nuklear Soviet. Pada masa itu, ia adalah rumah kepada ramai pekerja yang beralih ke Chernobyl.

Selepas bencana Chernobyl pada tahun 1986, seluruh bandar dipindahkan kerana tahap radiasi yang sangat tinggi (Sehingga hari ini) anda dibenarkan melawat – tetapi hanya dengan pengiring dan anda mesti mempunyai alat pengesan tahap radiasi.

Istana Kilchurn – Scotland
Kastil Kilchurn adalah salah satu istana yang paling banyak ditayangkan ke seluruh dunia. Ia dibina pada tahun 1400-an dan amat sedih dibiarkan sejak tahun 1700-an. Peninggalan yang tidak tersentuh  ini menarik perhatian ramai orang dari seluruh dunia yang mengagumi binaanya yang luar biasa walaupun diabaikan selama 300 tahun.

Kini istana ini hanya  pihak berkuasa dan individu tertentu sahaja dibenarkan masuk.

Kayokoy – Turki
Bandar Turki kecil ini terletak di antara Pergunungan Tauras. Menurut sumber, seluruh penduduknya berpindah ke Greece. Hingga hari ini ia kosong – meninggalkan 350 bangunan lama.

Pulau Terapung – Australia
Kapal SS Ayrfield, dibina pada tahun 1911 di UK. Ia telah didaftarkan di Australia dan menjadi kapal angkatan laut semasa perang dunia ke-2  (WWII) untuk tentera Amerika. Ia beroperasi sehingga tahun 1972. Lalu menjadi pulau terapung sehingga hari ini.

Allerheiligen Monastery – Jerman
Gereja ini umurnya hampir 900 tahun! Ia dibina pada tahun 1192 di dalam ‘Black Forest of Germany’ dan masih kukuh hingga pada hari ini. Malangnya, gereja itu terkena panahan petir tiga kali berturut-turut semasa ribut yang sangat kuat. Ia terbakar dan tiada siapa mahu untuk membinanya semula.

Ta Prohm Temple – Kemboja
Kuil ini terletak 3.5 km timur laut Angkor Wat di Kemboja. Selepas kejatuhan empayar itu abad ke-17, ia ditinggalkan dan dibiarkan sehingga hari ini. Selama beratus-ratus tahun sejak peninggalannya, hutan telah menelannya dan kuil ini sebagai wilayah barunya.

Maunsell Army Forts – UK
Benteng laut ini direka oleh Guy Maunsell dan ia dibina pada tahun 1942. Pada asalnya, mereka terletak di Thames dan Mersey, yang bertujuan melindungi United Kingdom semasa perang dunia ke-2 . Selepas perang semua kubu-kubu ini ditutup dan dibatalkan fungsinya.

Istana Bodiam – UK
Semasa ‘Perang Seratus Tahun’, seorang askar membina Istana Bodiam untuk melindungi East Sussex dari Perancis. Ia berfungsi sebagai istana pertahanan sepanjang zaman zaman pertengahan, tetapi akhirnya ia ditinggalkan. Jika dikaji semula ia bukan ditinggalkan tetapi ia tidak lagi diperlukan kerana tiada lagi belakunya penaklukan Perancis ke atas Britan.

Gereja Methodist – Indiana, Amerika Syarikat
Gereja Methodist ini pernah mempunyai 3,000 ahli pada tahun 1926. Bangunan ini pada mulanya bernilai  1 juta dollar pada masa itu , ia menjadikannya salah satu bangunan paling mahal dan berharga pada masa itu.

Tiki Palace – Chattanooga, Tennessee
Kolam menyeramkan ini dahulu digunakan untuk golongan kaya dalam sebuah kelab yang dibina pada tahun 1972. Rumah ini seluas 5,600 kaki persegi dan tuan rumah ini telah menganjurkan ratusan parti ‘bertukar pasangan’ akhirnya, tempat itu ditutup selepas  setahun apabila pemiliknya mengupah seseorang untuk membunuh kekasih isterinya.

Kiev River Boat – Kiev (Ukraine)
‘Hydrofoil’ mewah ini telah ditinggalkan dan ia merupakan peringatan era Soviet. Bot itu direka untuk mengambil penumpang perjalanan sepanjang Dnieper, Kiev.

Hotel Del Salto – Colombia
Hotel ini dibina di Sungai Bogota. Dibina pada tahun 1928, ia memberi peluang kepada pelancong untuk mendekati air terjun dan alam semula jadi. Disebabkan beberapa kebimbangan keselamatan dari masa ke masa, bangunan itu ditutup pada tahun 1991.

Michigan Central Train Station – Amerika Syarikat
Dibina pada tahun 1913, Tetapi apabila ekonomi bandar mula runtuh, begitu juga stesen itu sendiri.

  

I.M Cooling Tower – Belgium
Binaan yang luar biasa ini adalah rumah menara penyejuk. Terletak di stesen kuasa di Monceau, Belgium, strukturnya sebahagian besarnya ditinggalkan hari ini. Ia digunakan pada tahun 1900-an tetapi kerajaan telah menutupnya dan tidak merancang untuk membukanya semula.

House Of The Bulgarian Communist Party – Bulgaria
Ini adalah pandangan bekas ibu pejabat Parti Komunis Bulgaria. Ia kelihatan seperti piring terbang dari luar, dan bahagian dalamnya tidak jauh berbeza!

Bangunan ini telah digunakan selama 10 tahun antara 1981 dan 1991. Parti itu runtuh selepas kejatuhan Kesatuan Soviet dan tidak ada yang menguasai bangunan tersebut.

Nara Dreamland – Jepun
Nara Dreamland Park diilhamkan oleh Disneyland. Ia membuka kepada orang awam pada tahun 1961, tetapi tutup pada tahun 2006.

Kellie’s Castle – Perak, Malaysia

Kellie’s Castle atau Istana Kellie juga dikenali sebagai Rumah Kellas (Kellas House) dibina pada 1910 oleh peladang getah British, William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di Agra, India. Buruh binaan Kellie’s Castle dibawa khas dari Madras, India.

Ketika di Tanah Melayu, Smith bersama pemilik hartanah, Alma Baker, memenangi konsesi untuk meneroka 360 hektar hutan di Batu Gajah, Perak. Menerusi keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama antara Baker dan Smith, dia membuka ladang getah dan lombong bijih timah dikenali Syarikat Perlombongan Timah Kinta (Kinta Kellas Tin Dredging Company). Smith kembali ke England untuk berkahwin dengan gadis Scotland, Agnes. Dia membawa isterinya kembali ke Tanah Melayu pada 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini dikurniakan anak perempuan iaitu Helen.

Agnes melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony pada 1915. Kelahiran Anthony membawa keuntungan berlipat ganda dalam empayar perniagaan bapanya. Bagi meraikan kelahiran Anthony, Smith memutuskan untuk meluaskan lagi rumah yang didudukinya dikenali sebagai Rumah Kuning yang dibina ketika mula berhijrah ke Tanah Melayu pada 1890. Bersebelahan Rumah Kuning itu ada sebuah rumah kayu atau rumah asal Smith ketika bujang, namun kini hanya tinggal tapak saja selepas dibom tentera Jepun.

Smith memulakan perancangan membina istana besar dinamakan Kellas House sempena nama rumahnya di Scotland, namun lebih dikenali sebagai Kellie’s Castle. Bangunan ini mempunyai 14 bilik termasuk bilik linen, bacaan, fotografi, simpanan arak dan bilik bawah tanah yang dilengkapi terowong rahsia berserta kemudahan lif yang pertama dibina seumpamanya di Tanah Melayu, selain terowong udara. Di aras dua bangunan itu pula dibina padang tenis berlantaikan simen.

Kellie’s Castle tidak sempat disiapkan apabila Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 kerana dijangkiti radang paru-paru. Perniagaan Smith merosot apabila 70 pekerjanya dari India mati dijangkiti selesema Spanish. Agnes pulang ke England apabila Anthony terkorban dalam pertempuran ketika Perang Dunia Pertama, manakala Helen pula tiba-tiba menghilangkan diri.

Istana Kellie sempat disiapkan kira-kira 70 peratus saja. Apa yang pasti, semua anggota keluarga Smith tidak mati di dalam bangunan itu. Mereka hanya sempat mendiami Rumah Kuning saja (bersebelahan Kellie’s Castle).

Struktur bangunan Kellie’s Castle yang kekal hingga kini dalam keadaan separuh siap atau masih dalam pembinaan menjadi tarikan pengunjung tempatan atau pelancong luar negara ke Batu Gajah, Perak kerana keunikannya, selain rumah agam itu yang dikatakan berhantu.

Sehingga hari ini, banyak fakta misteri mengenai Kellie’s Castle masih belum terungkai. Difahamkan, keadaan di persekitaran dan di dalam Kellie’s Castle itu ‘keras’ dan menyeramkan kerana faktor penjajahan Jepun di Tanah Melayu suatu ketika dulu apabila menjadikan bangunan separuh siap itu sebagai tempat menyeksa dan membunuh penduduk kampung. Konon ceritanya, ramai yang terkorban di situ, justeru lokasi berkenaan dikatakan berhantu, namun keadaan itu dikaitkan dengan kematian keluarga Smith, tetapi fakta ini tidak benar.